30 April 2013

Mengapa susu saya kering


KENAPA SUSU DAH KERING




Teori penyusuan mengatakan susu ibu berkadar terus dengan kehendak. Maksudnya selagi ada kehendak atau demand, selagi itulah ada hasilnya. Senangnya SUPPLY vs DEMAND. Namun, teori yang nampak mudah ni, susah juga nak follow. Tambah-tambah bila ibu dah mula kerja. 
 Sering kali ibu mendapati, keperluan anak dah melebihi dari kemampuan ibu. Mari kita korek apa kita terlepas pandang dan atasinya. 

1- KEKERAPAN MENGEPAM Biasanya ibu dinasihatkan untuk mengikut cara anak menyusu di rumah. Jika anak menyusu setiap 3 atau 4 jam, begitulah juga rutin di pejabat. Jika ibu tak pasti, buat sahaja jadual dan pastikan ibu displin dengan jadual pam 3-4jam tersebut. Namun, apabila ibu asyik sibuk ja, penat dan kena keluar opis jadual ni selalu terbabas.

 Dari rutin 3-4 kali mengepam, jadilah 2-3 kali sahaja sehari. Bila kekerapan mengepam berkurang, otak akan menerima signal bahawa demand sudah adjust. Tak perlu hasilkan susu banyak lagi. Membazir kata otak. Macam maksik kantin jual kuih la. Kalau buat 10 ketul, tapi hanya 4 yang laku setiap hari.

 Minggu depan dia pun buat 4 ketul ja la. Cara atasinya : Jangan skip rutin pam. Kalau tak larat dan busy nk pump, boleh beli pump yang handsfree. Jadi boleh pump sambil kerja dan menjimatkan masa.

Masalah anak sembelit

Masalah Anak SEMBELIT!




Gambar hiasan semata-mata... Jangan biarkan anak anda jadi begini!
Adakah anak anda pernah menghadapi masalah SEMBELIT? Atau adakah anak anda SEDANG menghadapi masalah SEMBELIT sekarang? Ke anda sendiri tak pasti anak anda SEMBELIT ke tidak?

Ada TIGA cara MUDAH nak tahu anak anda SEMBELIT:

  1. Untuk anak yang dah MAKAN SOLID, kalau dah 3 hari masih belum membuang air besar... Confirm SEMBELIT.
  2. Kalau bayi yang masih FULLY BREASTFEED masih tidak membuang air besar selama 10 hari... Sah SEMBELIT.
  3. Bayi yang minum SUSU FORMULA... berapa hari yer? Hari-hari kena membuang air besar. Nak tahu sebab apa? Tunggu dalam entry-entry yang bakal mendatang yer :)
Kaedah RAWATAN yang paling MUDAH adalah memberikan anak anda memakan buah-buahan dan syura-sayuran yang kaya dengan SERAT ataupun lebih dikenali sebagai HIGH FIBER. Sambil menambah kandungan SERAT dalam diet anak anda, anak anda juga perlu minum lebih banyak air masak.

Elakkan dari terlalu memanjakan anak


Elakkan daripada terlalu memanjakan anak



Apa yang dimaksudkan dengan "lerlalu memanjakan" anak? Memeluk anak dengan kasih sayang tidak sama dengan memanjakan anak. Begitu juga, memuji, bergurau senda dengan anak serta menyelami/memahami perasaan mereka tidak termasuk dalam maksud "terlalu memanjakan" mereka.


Memanjakan anak  adalah apabila kita melakukan sesuatu perkara untuk mereka sedangkan perkara tersebut mereka sendiri boleh lakukan. Anak-anak dilahirkan dan dibekalkan dengan sifat dan keinginan untuk berdikari. Keinginan ini mula terserlah pada usia lebih kurang dua tahun. Bagi ibu bapa yang mempunyai anak pada usia ini (toddler) tentu sudah biasa dengan perlakuan anak yang ingin memakai pakaian sendiri, mandi sendiri, makan sendiri dan sebagainya. 


"Mama, Lina nak tolong mama masukkan pakaian ini ke dalam mesin basuh. Lina nak basuh pakaian Lina sendiri" kata Lina yang berusia 5 tahun.

"Lina kecil lagi untuk basuh baju sendiri. Nanti mama basuhkan. Lina pergi main" balas ibu Lina.


Apabila Lina meningkat remaja, ibunya mengeluh apabila Lina tidak betah membasuh pakaiannya sendiri. 


"Lina, tolong ibu masukkan pakaian kotor ke dalam mesin basuh"

"Ala ibu..Lina sedang main komputer ni.."

Teknik Urutan Bayi Anda

TEKNIK MENGURUT







Salam ceria dan kasih syang buat ibu semua..hari ini Koleksi Hasliyani nak berkongsi dengan ibu-ibu semua cara mengurut bayi dengan teknik yang betul..Kajian telah membukti bahawa urutan bayi setiap hari akan meningkatkan berat badan bayi,membina tulang,meningkan kemahiran motor serta membawa kepada TUMBESARAN bayi

Panduan teknik Urutan ini KoleksiHasliyani ambil dari johnson's n johnson

Rangsangan Sentuhan Si Ibu

Rangsangan Sentuhan  Si Ibu 


Ibu yang kerap bercakap dan menyentuh bayi mereka membantu merangsang perkembangan sosial bayi.



Sentuhan merupakan salah satu cara yang paling berkesan bagi ibu untuk melahirkan kasih sayang kepada permata hati. Sama ada pada waktu makan, bermain, mandi atau menukar lampin, sentuhan menjalin perasaan kasih yang lebih mendalam buat si manja.
Melalui sentuhan itu jugalah, bayi belajar bersosial dan berkomunikasi mengikut tahap perkembangan usianya. Sekiranya seseorang bayi itu memperoleh sentuhan yang kerap daripada ibunya, perubahan perkembangan tumbesaran dan kemahiran derianya akan memberi respons dan interaksi dengan orang tersayang dengan lebih cepat berbanding dengan bayi yang kekurangan belaian.



Perunding Pediatrik dan Neonatologi Pusat Perubatan Prince Court, Dr. Anna Padmavathy Soosai berkata, sentuhan lembut seorang ibu merupakan pemangkin kepada perkembangan sosial bayi.


Pada peringkat usia dua bulan, senyuman dan sentuhan ibu semasa menyusu, mandi, menyalin lampin atau memakaikan baju adalah detik bayi mengenal siapa ibunya.


"Sentuhan itu seolah-olah bertindak sebagai pelindung dan luahan kasih sayang yang begitu mengasyikkan oleh seorang yang telah mengandung dan melahirkannya ke dunia ini. Pada waktu usia yang awal inilah detik terbaik untuk ibu menyentuh dan membelai bayi. Adalah suatu yang merugikan sekiranya tidak berbuat demikian dan hanya menyerahkan kepada pembantu rumah melakukannya. Ibu sebenarnya kehilangan peluang untuk mengasihi bayi yang di kandung selama sembilan bulan 10 hari itu kerana waktu inilah mereka ula mengenal ibunya dan memperoleh kasih sayang," katanya.

Pemakanan Bayi ~ Examokids


















Examokids
RM25.00
Item details
Weight: 500 grams

 
*HARGA PROMOSI INI SAH UNTUK SETIAP BELIAN BERNILAI RM50 DAN KE ATAS.

Minuman Coklat EXAMOKIDS berkhasiat untuk seisi keluarga anda. Kombinasi serbuk koko, krimer (bukan hasil tenusu) dan garamtisu biokimia schuessler untuk rasa minuman coklat sebenar yang penuh dengan kebaikan dan khasiat

Minuman coklat dengan tambahan BTS yang berkhasiat;-
-memberi tenaga dan mencergaskan badan
-mengurangkan rasa malas dan memanaskan tubuh
-memberi kesan ketenangan
-memberi ransangan ketika belajar
-membantu penghadaman

CADANGAN PENGGUNAAN
Minum 2 kali sehari (pagi sebelum beraktiviti dan malan sebelum tidur atau belajar)

Pemakanan Bayi ~ Examo Junior



 
Examo Junior
RM25.00
Item details
Weight: 600 grams




Susu tepung bercoklat yang baik untuk perkembangan intelek dan minda pelajar. Memberi tenaga, menguatkan tulang dan gigi, membaikpulih saraf dan otot yang lesu serta memberi tumbesaran yang sempurna.

Sesuai untuk masalah dipresi, masalah kognitif, dilusi serta membantu kualiti tidur yang sempurna.

Diperbuat daripada susu rendah lemak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Koleksi Hasliyani

My photo
Produk-produk yang dijual adalah 100% asli. Untuk sebarang pertanyaan & tempahan boleh menghubungi Ikhwan (012-5736767) Yanie (012-5272767) *Pembeli akan menikmati diskaun dengan setiap pembelian yang dibeli. Harga yang dipaparkan adalah selepas diberi diskaun. ** Untuk penghantaran diluar kawasan ipoh, pembeli akan dikenakan bayaran poslaju. Antara Produk Yang Boleh Didapati adalah seperti, Set Lengkap Salindah, Makanan Minda Examo & MatSa, dan lain2 produk keluaran Syarikat Era Edar Marketing. Selain itu saya turut menjual barut bayi dengan harga serendah RM3.50 dengan pelbagai corak yang menarik dan bantal bayi jenis kekabu dengan harga yang murah.