27 May 2013

Apa Itu Cloth Pad?????

Assalamualaikum dan Selamat Pagi Semua..

 Awal-awal pagi ummi dah update blog..Si Qayyum masih lagi tido, ada masa nie ummi guna laa  sebaik-baiknya, upadate blog smbil berfb lah..hikhik.... Ummi nak kongsi kat korang semua yang masih lagi xthu apa itu cloth pad, klu orang dulu2 panggil kain cawat..(msti ramai terpikir macam mana rupa kain cawat)...rupa macam cloth pad juga cuba dibuat dari kain batik dan sebagainya..cuma skarang dimodenkan menjadi cloth pad..

Cloth pad adalah tuala wanita yang dibuat daripada kain ,dicipta untuk menyokong persekitaran alam sekitar yang lebih baik untuk masa hadapan . Seperti nenek moyang kita dahulu yang memakai kain batik,teknik itu kini dimodenkan dan lebih selesa.

Berapa lama satu pad kain boleh bertahan?
Satu cloth pad regular dapat bertahan antara 3-5 jam, pada hari-hari haid berat. Namun itu bergantung pada aliran haid individu. Tukar lebih kerap jika perlu untuk mengelakkan kebocoran.

Adakah ianya berbau?
Tuala wanita biasa sarat dengan bahan kimia berbahaya dan gel yang melepaskan wap kimia saat basah, cloth pad dibuat sepenuhnya dari kain yang ada ruang udara untuk bernafas. Anda pasti terkejut apabila mengetahui bahawa darah haid anda tidak berbau sama sekali!

Pad kain tak bocor?
Pad kain dilengkapi dengan lapisan penghalang air yang “breathable” di bahagian bawah pad untuk mencegah kebocoran. Walaupun tahan air, hambatan air ini akan bocor jika anda tidak menukar pad selama berjam-jam terutama pada hari-hari berat. Oleh kerana itu anda disyorkan untuk menukar kepada pad segar setiap 3 – 6 jam di siang hari haid berat anda, bergantung pada arus individu.

Pad kain tak tebal ke?
Pad kain sebenarnya adalah sangat nipis kerana ia hanya mengandungi kain. Berbeza sekali dengan tuala wanita biasa yang padat dengan bahan kimia dan gel, pad kain rasa jauh lebih selesa terutama pada kulit berbanding tuala wanita plastik.

Darah Haid tidak mengumpul bacteria jika menggunakan pad kain?
darah haid adalah steril dan tidak kotor. Darah mudah dicuci dari kain. Tuala wanita plastik sebenarnya tidak sihat kerana ia mencipta persekitaran yang lebih panas (dengan menjebak haba dan menghalang aliran udara) dan yang lebih cepat menggalakkan pertumbuhan bakteria yang menyebabkan gatal dan ruam.

CLOTH PAD -my first trial

Assalamualaikum semua..

Keterujaan ummi pada cloth pad yang teramat..ramai dah tahu apa itu cloth pad dan ramai lagi tida mencubanya..nie merupakan pertama kali ummi membuat oleh kerana ummi sensitif memakai pad pakai buang,dah lama nak buat tapi xda masa huhu..(mengalahkan menteri)  bukan apa,asal jer masuk blik nk menjahit  ada tukang jahit kedua(anak) dah siap sedia duduk bawah mesin..dia pun nk tolong menjahit sama..


                                                                 Pertama kali buat

Ini cloth pad yang awal-awal ummi buat..xcantik kan?? xpa lah percubaan pertama nama pun..xkan awal buat dah terus padai kan..pattern cloth pad nie ummi bat sndiri..pakai ja lukis atas kertas a4.itu yang hirot bingot jer tgk..Ummi guna cotton flannel lebihan dari buat kain berut dan bedung..ummi buat 7lapisan yang nie..

                                                                   Cubaan  kedua
 
Yang nie ummi gabungkan 2 jenis kain lapisan luar/wing ummi guna kain cotton flannel yang plain xbercorak, manakala lapisan dalam ummi guna kain cotton bercorak..baru nampak cantik ada 2 tone warna..cloth pad ini ummi buat 8 lapisan,saja jer nk buat bagi tebal..nanti bila dah pakai xla cepat bocor..

                                                               Cubaan ketiga

Cloth pad ini pun ummi buat 8 lapisan juga bezanya ummi tukar corak kain yang bahagian tengah..

                                                                Cubaan keempat

Yang ini ada perbezaan ummi gabungkan PUL (meterial yang kalis air) nak tahu mcm mana rupanya google lah sndiri..cloth pad ini ummi buat 7lpaisan cotton flannel 1lapisan PUL..

                                                                  Cubaan Kelima

Ini pun ada ummi buat perbezaan bukan apa nak rasa satiap cloth pad yang ummi buat yang mana serapan darah haid yang baik.. Cubaan yang kelima ummi ada letak kain tuala dibahagian tengah..ummi ambik kain tuala mak masa blik kedah ari 2..mak buru beli dkedai 1malaysia..kata mak harganya rm2 rggit lebih..


                                                     contoh kain tuala yang siap dipotong

                                                                  Cubaan Keenam

Cloth pad ini pula ummi ambik pattern dari google..ummi cuma taip jer free pattern cloth pad..macam-macam naik..yang nie ummi ambik yang blog www.bluedinasours.com..save n print jer..kan senang xpayah bersusah payah buat pattern sendiri hehehe...

Nielah hasilnya setelah berhempas pulas membuat cloth pad sendiri..walaupun xcantik seperti orang lain buat, tapi rasa bangga dapat buat sendiri huhuhu..berjaya juga ada cloth pad walaupun tukang jahit kedua (anak) ganggu proses membuatnya..
Tinggal xletak butang jer..ummi nak buat banyk-banyak pas 2 antar jer kt kedai tebuk butang..nak beli  xmampu lagi

Ni contoh penebuk butangnya,siap ada butang lagi..

LANGKAH MEMBUAT CLOTH PAD

Assalamualaikum...

Sebelum nak blik bercuti di kampung..ummi ada cuba buat  cloth pad,seronok pulak buat benda alah nie..sampai xnk bhnti buatnya..dah jadi ketagih huhuhu..Disebabkan keterujaan nak buat lagi dan lagi ummi share cara nak buat cloth pad nie kat semua..Ummi buat cloth pad nie disebabkan alahan memakai pad pakai buang,bila mai jer bulan xselesa cepat berpeluh di miss V  pas tu mula laa terasa gatal-gatal..
 
Nak dapat pattern  ummi taip jer free pattern cloth pad..naik macam2 jenis pilih jer yang mana nak..tapi ummi bekenan yang blog nie www.bluedinasours.com(mugkin cantik kot hehehe)







                                                   Siap di tekap megikut pattern


Sediakan beberapa lapisan cotton flannel mengikut ketebalan yang anda inginkan. Jika mengikut ketebalan yang saya ummi, ummi menggunakan 3 lapisan cotton flannel untuk bahagian tengah (yang xbercorak/plain) dan 5 lapisan untuk bahagian luar/wing (yang bercorak).



Sudah selesai ditekap, terus dijahit dengan mesin mengikut garisan yang telah dilukis tadi. Dengan menjahit diatas garisan yang dilukis, ianya akan nampak lebih kemas.



Kemudian, selepas sudah dijahit, potong lebih yang tidak berkenaan mengikut bentuk yang telah dilukis dan dijahit tadi.Seterusnya, gunting separuh daripada lapisan kain di bahagian tengah.


 terbalikkan kain melalui lubang yang ditebuk ditengah-tengah tadi untuk mendapatkan bahagian yang betul.

  Bahagian wingnya dah un siap dijahit..terus menjahit bahagian tengahnya pula..
Ikut langkah seperti membuat wing, potong lebih yang tidak berkenaan mengikut bentuk yang telah dilukis dan dijahit tadi.Seterusnya, gunting separuh daripada lapisan kain di bahagian tengah.
Potong kain tuala baru ataupun yang terpakai untuk dijadikan inti pada bahagian tengah,untuk memudahkan penyerapan.



 Masukkan kain tuala yang dipotong mengikut ukuran ..betulkan kedudukan kain tuala tersebut.


Terbalikkan bahagian yang ditebuk dan camtumkan lapisan tengan plain dengan lapisan luar wing.
 Jahit tindih bahagian keliling kain dan kemaskan jahitan tengah-tengah cloth pad


Dah pun siap....tinggal nak letak snap button jer..Kalau tiada, letak butang ketip tu pun boleh. Tapi kena disembat tangan lah butang tu, huhu! Sudah pun jadi beberapa keping cloth pad menjimatkan duit tak payah beli kan. hihi! lepas nie abie xpayah laa keluar banyak duit nak belikan pad pakai buang untuk ummi huhuhu.. 



BAHAYA PAD PAKAI BUANG

Assalamualaikum dan selamat petang semua.....

Adakah anda tahu bahawa pad pakai buang yang biasa digunakan telah dicemari dengan toksik "Dioksin" yang boleh memasuki badan anda dan perlahan-lahan melalui peredaran darah, ia mengambil masa bertahun-tahun untuk berkumpul dan 'membunuh' anda dalam diam. Kemudian apa yang akan berlaku? Anda sudah tahu jawapannya.


                                             Gambar hasil dari google..trma kasih tuan empunya..

 Faraj anda menjadi gatal, ruam dan jika badan anda tidak cukup kuat, anda boleh mendapat pelbagai jenis penyakit seperti kanser serviks yang boleh membawa kepada kematian, tisu pertumbuhan abnormal dalam faraj anda seperti endometriosis dan sista ovari, fibroid dan lain-lain masalah lebih teruk. 

Tambahan pula ia boleh menghalang anda daripada hamil dan juga kematian. Anda juga akan mengalami gangguan emosi seperti menjadi malu jika orang tahu masalah yang dihadapi, bimbang tentang apa yang akan berlaku? Ya, sedih untuk mengatakan bahawa kini kita dapat mendengar ramai wanita yang mempunyai masalah perempuan yang kronik! Bukan seperti perempuan pada zaman nenek moyang kita di mana mereka jarang sekali atau tidak pernah mendengar masalah sakit puan seperti endometriosis, sista ovari dan juga ketaksuburan.

                                                            Gambar sekadar hiasan

KHASIAT LEBAH KELULUT

Assalamualaikum semua....


Tidak ramai menyedari, lebah kelulut mampu mendatangkan pendapatan lumayan walaupun serangga itu gemar menjadikan batang pokok sebagai habitat semula jadinya.
Kelulut sering disamakan dengan spesies penyengat tetapi ia mempunyai nilai tinggi dalam pengeluaran madu berkualiti yang kaya dengan antioksidan.

Khasiat madu kelulut dikatakan dapat mening­katkan metabolisme badan, menambahkan tenaga batin, menjaga kecantikan, memberi tenaga kepada wanita yang baru bersalin dan membantu merawat kecederaan dalaman.

Madu kelulut juga memperlahankan pertumbuhan sel kanser, mengecutkan kerada­ngan dan meningkatkan daya imunisasi tubuh.



Khasiatnya dalam dunia perubatan memang banyak malah ujian turut dilakukan penyelidik Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dan Universiti Sains Malaysia (USM).

Di Malaysia terdapat kira-kira 30 spesies kelulut dan kebanyakannya ditemui di kawasan hutan.

Berbanding lebah yang hanya menghasil­kan madu, kelulut begitu unik kerana mengeluarkan tiga produk madu iaitu bebola madu, propolis dan pollen (debunga).

Melihat kepada pasaran madu kelulut, harganya mampu mencecah RM120 sebotol bagi 350 mililiter, sedangkan madu biasa dijual RM30 dalam kuantiti sama.

Pegawai Penyelidik MARDI, Mohd Fahimee Jaapar berkata, pihaknya giat mengumpulkan spesies kelulut di seluruh negara.

“Pada mulanya, kelulut digunakan MARDI sebagai agen pendebungaan. Kita mahu pokok yang ditanam berbuah dengan adanya agen pendebungaan iaitu kelulut. Bagi kami, pendebungaan adalah hasil pertama manakala madu dan propolis hasil kedua.

“Pemikiran bagi kebanyakan orang kampung, lebah kelulut tidak mempunyai madu, tetapi kajian mendapati serangga itu mengeluarkan madu se­tanding madu lebah,” katanya.

Semua spesies kelulut dikumpulkan sejak 2007 dan kini diternak di dua kawasan khas di MARDI iaitu di Bahagian Pendebungan dan kebun buah-buahan.

10 May 2013

APAKAH G6PD (G6PD Deficiency)...??

Assalamualikum..Ummi nak kongsikan pada semua..pada 31.12.2011 ummi telah selamat melahirkan anak pertama ummi yang di beri nama Abdul Qayyum Fahim Bin Ikwanul Amin..lahir jam 12.45 tengahari berat baby 3.5kg. Qayyum terpaksa di tahan di wad NICU  selama 13 hari kerana mendapat kuning (jaundice)..

Sebelum bersalin doktor bagi tahu sekiranya ummi golongan darah O positif..kemungkinan besar anak akan mendapat jaundice.
Keesokan harinya doktor pakar mengesahkan Abdul Qayyum Fahim mendapat  G6PD...Sebelum ni pernah jaa dengar tapi xtahu pun apa itu G6PD..
Nasib baik juga si ibu alert dengan keadaan ni dan kepada ibu atau bakal ibu pantau kesihatan anak anda  jika tidak dikhuatiri sesuatu yg buruk mungkin boleh terjadi...


Oklah berbalik pada topik kita hari ini. Saya nak berkongsi sedikit mengenai Masalah Kekurangan  enzim G6PD (G6PD Deficiency).


Apa yg dimaksudkan dengan kekurangan G6PD (G6PD Deficiency)?



G6PD (glucose-6-phosphate dehydrogenase) adalah suatu enzim keturunan dalam sel darah merah manusia. Enzim G6PD melindungi sel darah merah daripada dimusnahkan dengan lebih awal daripada hayat biasa. Kekurangan enzim ini boleh memusnahkan sel darah merah apabila terdedah kepada jangkitan, ubat-ubatan tertentu ataupun melalui makanan.



Masalah kekurangan G6PD bukanlah satu kecacatan atau penyakit. Ia adalah satu fenomena keturunan yang melibatkan kedua-dua jantina, lelaki dan perempuan, tetapi lebih sering dialami oleh bayi lelaki. Ia secara am, ditemui pada mereka yang mana ibu bapa mereka berasal dari daerah yang pernah sering mengalami Malaria.



Para ibu bapa tidak perlu risau jika anak anda mengalami kekurangan G6PD ini kerana pada dasarnya ia tidak berbahaya. Komplikasi hanya akan terjadi jika si anak terdedah kepada ubat-ubatan yang boleh menghasilkan proses homolisis di dalam darah. Dari segi yang lain, G6PD boleh menjadikan penghidap, lebih kuat melawan penyakit Malaria.


Pada kebiasaanya, sebaik sahaja bayi dilahirkan, darah tali pusat bayi akan dihantar untuk pemeriksaan enzim G6PD di makmal. Di antara ujian yg akan dibuat ialah dengan mengambil paras sebenar enzim G6PD bayi dari lahir. Sekiranya enzim G6PD kurang, sel darah merah senang pecah dengan lebih awal. Ini boleh menyebabkan bayi menghidap penyakit kuning (jaundis) dan pucat serta mungkin boleh memudaratkan bayi.


Disebabkan kekurangan G6PD ini biasanya adalah penyakit keturunan, dengan itu ia adalah sepanjang hayat. Bagi bayi yang didapati kekurangan enzim G6PD, bayi perlu diawasi dalam wad untuk lebih kurang seminggu supaya kejadian pucat dan kuning dapat dipantau dan dirawati. Selalunya, rawatan akan meliputi penggunaan alat cahaya fototerapi untuk kuning dan sekiranya bayi terlalu pucat, kemungkinan perlu untuk dimasukkan darah. Sedikit darah bayi perlu diambil mengikut kekerapan yang ditetapkan untuk pengawasan paras kuning atau pucatnya. Bayi kemudian akan dibenarkan pulang ke rumah setelah dipastikan tiada sebarang masalah yang lain.



Apakah Langkah-langkah pengawasan yang boleh anda lakukan sekiranya anda atau anak anda menghidapi masalah kekurangan enzim G6PD ini?



Sebagai ibu bapa kepada anak yg menghidapi masalah kekurangan enzim G6PD ini, anda haruslah peka dan sentiasa memantau setiap ubatan ataupun makanan yg anak anda ambil. Elakkan anak anda daripada mengambil sebarang ubatan atau makanan yg boleh menyebabkan kemusnahan sel darah merah dengan lebih awal.



Pastikan sebarang ubatan yg diambil haruslah mendapat kelulusan dan kebenaran dari pakar perubatan. Elakkan dari mengambil sebarang ubatan tanpa arahan doktor dan maklumkan kepada doktor mengenai keadaan anak yg kekurangan enzim G6PD setiap kali anak memerlukan ubatan. Elakkan dari mengambil atau memberikan anak sebarang jamu, ubatan tradisional atau ubat-ubat senseh. Dipercayai juga sebarang minyak sapu perut atau kepala boleh memudaratkan. Saya juga ada terbaca mengenai larangan menggunakan Vicks dari seorang pakar perubatan tapi tidak pasti sejauh mana kebenarannya. Apa pun tidak salah jika kita cuba elakkan. 


Kacang Parang -- Antara makanan yg perlu dielakkan oleh penghidap masalah kekurangan G6PD

Pastikan sebarang ubatan yg diambil haruslah mendapat kelulusan dan kebenaran dari pakar perubatan. Elakkan dari mengambil sebarang ubatan tanpa arahan doktor dan maklumkan kepada doktor mengenai keadaan anak yg kekurangan enzim G6PD setiap kali anak memerlukan ubatan. Elakkan dari mengambil atau memberikan anak sebarang jamu, ubatan tradisional atau ubat-ubat senseh. Dipercayai juga sebarang minyak sapu perut atau kepala boleh memudaratkan. Saya juga ada terbaca mengenai larangan menggunakan Vicks dari seorang pakar perubatan tapi tidak pasti sejauh mana kebenarannya. Apa pun tidak salah jika kita cuba elakkan.


Dari segi makanan pula, seharusnya dielakkan daripada makanan-makanan seperti kacang parang, makanan yang mengandungi pewarna tiruan methylene dan toluidine blue, kacang soya atau produk soya, semua jenis kacang atau produk kacang dan makanan berperisa menthol. Sebaiknya juga dielakkan daripada mengambil alfalfa kerana alfalfa tinggi kandungan Vitamin K.



Berikut pula adalah ubat-ubatan serta antara makanan yang tidak boleh diambil atau perlu dielakkan oleh penghidap masalah kekurangan enzim G6PD:


Pahala Seorang Ibu...

PAHALA SEORANG IBU



Assalamualaikum..amm ..si Abdul Qayyum Fahim dah pun tido...ni laa masanya ummi nk update blog ummi .setelah brapa hri x membelek bnda alah nie..
  Malam ni Ummi ada nk Share artikel ummi dapat dari member FB..tq





Jadilah seorang ibu yang penyang dan pengasihani...senang kan?? nak dapat pahala..
wassalam...

19 Keistimewaan Wanita Menurut Hadis



 Hadis 19 Keistimewaan Wanita



1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , ” Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.

5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak
Nabi Ismail.


6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

9. Daripada Aisyah r.a.” Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah
pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.


11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.

12. Aisyah r.a berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?” Jawab Rasulullah SAW “Suaminya.” “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah SAW, “Ibunya.”

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu
tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.


19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Koleksi Hasliyani

My photo
Produk-produk yang dijual adalah 100% asli. Untuk sebarang pertanyaan & tempahan boleh menghubungi Ikhwan (012-5736767) Yanie (012-5272767) *Pembeli akan menikmati diskaun dengan setiap pembelian yang dibeli. Harga yang dipaparkan adalah selepas diberi diskaun. ** Untuk penghantaran diluar kawasan ipoh, pembeli akan dikenakan bayaran poslaju. Antara Produk Yang Boleh Didapati adalah seperti, Set Lengkap Salindah, Makanan Minda Examo & MatSa, dan lain2 produk keluaran Syarikat Era Edar Marketing. Selain itu saya turut menjual barut bayi dengan harga serendah RM3.50 dengan pelbagai corak yang menarik dan bantal bayi jenis kekabu dengan harga yang murah.