31 August 2013

Bahaya Bedak Talkum

Dari Wikipedia:
                                                           gambar hasil gogle

                                                                       gambar hasil gogle
 

“Talc adalah mineral yang diperbuat daripada magnesium silika dengan formula kimia H2Mg3(SiO3)4 atau Mg3Si4O10(OH)2. Selalunya digunakan sebagai bahan bedak talkum”.
Bedak talkum sememangnya menjadi kegemaran ibu-ibu untuk dipakaikan kepada tubuh bayi terutatamanya selepas mandi. Antara sebab penggunaannya ialah untuk menyerap kelembapan dan peluh dan juga mencegah geseran  antara baju atau lampin dengan kulit bayi (untuk mengelakkan kulit melecet). Tak tahulah kenapa, saya seolah-olah malas untuk memberikan Iman bedak. Sebabnya, pada awal kelahiranya, Iman menghidap sepsis (darah yang diracuni kuman). 

Oleh itu, tumbuh penuh ruam dan nanah di tubuh kecil Iman. Oh, gambar pun saya tiada sebab masa tu dah nangis keluar air mata darah dah (exaggerate betul). Heheh:D. Instead of powder, doktor nasihatkan letak krim dan Iman ada sabun mandi khas.  So, dengan rasminya, tidaklah saya mengikut amalan orang tua dahulu iaitu melumur badan bayi dengan bedak (macam ala-ala melumur ikan dengan kunyit dan garam sebelum goreng – ngahahahaha!:lol: )

Rupa-rupanya, dari segi perubatan, penggunaan bedak talkum adalah tidak digalakkan! Sebabnya adalah seperti berikut:
Bedak talkum biasanya diperbuat daripada kombinasi zink stearate, magnesium silika, dan juga silika-silika lain yang dikisar halus membentuk sebuk halus. Silika = silicon = pasir???. Erk. Saiz serbuk yang terbentuk pula sangat-sangat lah halus sehingga ianya mudah ditiup angin seperti habuk dan yang mengejutkan ialah ia boleh masuk jauh sehingga ke kawasan paling kecil di dalam paru-paru!

Rupa-rupanya dah ada beberapa kes di mana terdapat bayi yang hampir terancam nyawanya hanya disebabkan tersedut serbuk bedak! Malah, ada juga kes yang melibatkan kematian disebabkan bedak talkum. Adalah selamat jika menggunakan bedak hanya semasa menukar lampin dengan pengawasan orang dewasa. Malah, sewaktu penggunaannya, dinasihati meletakkan bedak di tangan dahulu, sebelum menyapukan ke tubuh bayi supaya tiada debu-debu bedak berterbangan dan disebut ke dalam sistem pernafasan bayi. Tetapi malangnya, kadang kala bayi kita ni terlebih cepat, pintar dan panjang akalnya. Dengan cepat sahaja tiba-tiba mereka dapat menggapai botol bedak dan mula menabur-naburkan bedak di lantai (ala-ala salji gitu8)).

Lebih saya terkejut lagi, rupa-rupanya pakar dermatology pula menyatakan sebenarnya guna bedak tidaklah menghasilkan kesan yang memberangsangkan malah sebenarnya penggunaan losyen atau krim adalah lebih baik untuk mengelakkan dan merawat ruam.
Bedak talkum boleh menyebabkan pneumonia, pembengkakan saluran pernafasan dan juga kematian bayi! (nampak macam exaggerate kan?) Yelah, tak pernah dengar pun kat Malaysia ada baby mati sebab bedak. Siapa tahu, mungkin sakit-sakit yang melibatkan pernafasan seperti asthma pun, bedak talkum menjadi asbab musabab? Wallaua’lam.

Tetapi, terdapat kajian yang dijalankan juga yang menyatakan bahawa talkum juga berupaya menjadi punca kanser ovari. Macam mana pulak bedak talkum dikaitkan dengan kanser ovari eh? Sebab, secara logik dan statistiknya, siapa yang paling banyak guna bedak? Hoho…perempuan! betul, memang perempuan. Boleh dikira golongan lelaki yang gunakan bedak. Jadi, perempuan lebih banyak terdedah kepada bedak sejak bayi berbanding lelaki. Sejauh mana kebenarannya, mungkin apabila kajian demi kajian dilaksanakan nanti, kita akan semakin jelas. Namun, direct inhalation of talc powder by babies sememangnya adalah merbahaya.
Jadi, kesimpulannya, kurangkan penggunaan bedak untuk bayi anda, dan juga anda. Hehe
Reference
http://www.ivillage.com/talcum-powder-safe-babies/6-n-136821
http://en.wikipedia.org/wiki/Talc
http://www.preventcancer.com/consumers/cosmetics/talc.htm

Penting!!!! Rahsia Kod Warna Pada Ubat Gigi



Assalamualaikum..semua..setelah banyak hari xupdate enty baru,hari nie saya nk kongsi dengan semua mengenai Rahsia kod yag terdapat pada ubat gigi yang kita semua guna hari-hari. Saya pasti ada yang tidak tahu menahu berkenaan dengan kod warna yang terdapat pada ubat gigi yang tiap-tiap hari kita gunakan.

saya pun baru tau ni. Jadi aku kongsikan kepada anda semua.saya dapat pun setelah seorang sahabat kongsi kan berkenaan nya di FB beliau.

Jadi kod warna itu adalah :

MERAH = BAHAN SEMULAJADI + BAHAN KIMIA

BIRU = BAHAN SEMULAJADI + BAHAN UBAT-UBATAN

HIJAU = BAHAN SEMULAJADI SAHAJA

HITAM = BAHAN KIMIA KESELURUHAN

p/s : saya just kongsi apa yang aku baca.Untuk pengesahan sila hubungi doktor gigi berhampiran anda




06 August 2013

KENALI CLOTH DIAPERS & CARA GUNA

Keputusan untuk menggunakan Cloth Diapers adalah suatu keputusan yang besar seperti Breastfeeding(BF) iaitu memilih 'kesusahan' walaupun ada yang lebih senang (seperti Disposable diapers & susu formula). Dan pastinya keputusan yang anda sebagai ibu (atau bapa) lakukan setelah mempertimbangkan beberapa faktor.

Sila baca info di bawah dengan teliti. Selepas difahami, baru buat keputusan samada untuk membeli atau tidak. Ini untuk kebaikan anda sendiri dan kami mahu anda betul-betul faham apa yang anda mahukan untuk anak-anak anda.
A) Mengapa perlu guna Cloth Diapers..


- Cloth Diaper ni memang sama prestasinya seperti PAMPERS atau Lampin Pakai Buang /Disposable Diper.


1. JIMAT wang. Penggunaan lampin pakai buang merupakan kos berterusan dan sangat mahal, lebih-lebih lagi bagi keluarga yang mempunyai lebih dari seorang anak kecil yang memakai lampin manakala anda boleh menggunakan lagi CD yang sama jika anda mempunyai ramai anak atau ingin menambah bilangan ahli keluarga. mari kita kira:
Kos menggunakan Dispo Diapers
sehari katakan 6 kali, dan katakan harga sekeping DD ialah RM0.60

RM0.60 X 6 = RM3.60 sehari
RM3.60 X 365 hari=RM1314 setahun
RM1314 X 3 =RM3942 untuk 3 tahun

Kos belian Cloth Diapers berharga RM45

Beli 10 helai : 10 x RM45 = RM 450
Beli 20 helai : 20 x RM45 = RM 900
* lebih banyak stok CD anda lebih tahan lama, kerana lambat lusuh

Jimat kerana boleh digunakan untuk anak seterusnya.
Jimat juga kerana boleh digunakan dari saiz S, M dan L
2. Bayi akan cepat belajar membuang air di tandas. Bayi yang menggunakan lampin kain juga akan lebih cepat membezakan antara basah dan kering kerana walau pun bahagian dalam lampin kain (fleece) ini sentiasa kering dan selesa, masih ada kedinginan semulajadi berbanding lampin pakai buang. Menurut satu artikel di dalam Wall Street Journal, bayi yang memakai lampin pakai buang memakai lampin sehingga umur 36 hingga 42 bulan, sedangkan bayi yang memakai lampin kain masanya lebih singkat iaitu sehingga setahun lebih awal. Ini sangat menjimatkan kerana anak anda akan cepat belajar membuang air sendiri di tandas. (Earlier Potty Training)

pelbagi idea untuk simpan koleksi stash cloth diapers kesayangan anda

Asssalamualaikum semua..malam nie ummi nak kongsi bagaimana cara nak simpan cloth diapers kesayangan anda..kat sini ummi nak share gambar-gambar koleksi  cloth diapers yang ummi google di baby center..wah..bkn mai seronok tgk koleksi-koleksi orang yang dimuat naik kat situ..mmg comell sgt....berwarna warni dan pelbagai corak yang ada..mcm2 kreativiti ibu-ibu kat sana menyimpan cloth diaper  mereka..kebanyakan gambar-gambar nie luar negara punya.


       Suka tengok yang nie..tersusun jer dengan kombinasi warna bilik yang cantik








                                                                    Nie pun cantik..








Teruja nya ummi tengok koleksi CD diaorang terigin sangat nak ada mcm nie..dalam mimpi jer kot hehehhe....macam mana pulak cara ibu-ibu  di luar sana simpan cloth diapers kesayangan masing2??





15 Kesilapan Ibu Bapa Mendidik Anak

Assalamualaikum...


Mendidik anak bukanlah satu perkara yang mudah. Anak ibarat kain putih dan ibu bapalah yang bertanggungjawab mewarnakan kain putih itu. Tapi sedarkah kita terdapat beberapa kesilapan yang dilakukan oleh ibu bapa dalam mendidik anak-anak. Antaranya :


 Anak saya Abdul Qayyum Fahim


1. Kurang berdoa untuk kejayaan, keselamatan dan perkara yang baik untuk anak.

2. Tidak tegas dalam mendidik anak-anak.

3. Menakutkan anak-anak dengan perkara yang tidak pasti.

4. Memberi didikan yang tidak seimbang antara rohani, jasmani dan sahsiah.
5. Menegur anak secara tidak berhikmah. 6. Penampilan diri yang kurang kemas di rumah.

7. Tidak memberi sentuhan kepada anak-anak.

8. Tidak menghidupkan sunnah di rumah seperti memberi salam dan sembahyang berjemaah.

9. Membiasakan keadaan rumah yang tidak kemas.

10. Bertengkar atau berselisih faham di depan anak-anak.
11. Tidak mengajar anak cara hidup Islam yang sebenar.

12. Terlalu bergantung kepada orang lain untuk mendidik anak-anak.

13. Membenarkan anak berkawan dengan orang yang tidak elok budi pekertinya.

14. Tidak mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton oleh anak-anak.

15. Tidak menggunakan rotan dalam mendidik anak-anak.

Amalan Baik Yang Patut Diamalkan Ketika Mengandung


Bagi anda yang sedang mengandung terutama orang Muslim ada beberapa amalan kerohanian yang perlu anda lakukan sepanjang tempoh kehamilan. Ketika anak masih dalam kandungan, sewaktu ditiupkan roh (setelah berumur 120 hari atau 4 bulan), hendaklah ibu dan bapanya melakukan sesuatu yang boleh mendidik rohani anak mereka dalam kandungan.

Antara amalan baik yang patut diamalkan oleh kedua-dua ibu bapa :

1. Memperbanyak taubat dan istigfar
Ibu bapa yang banyak melakukan taubat dan istigfar, Allah sentiasa mengasihi dan merahmati kedua-duanya dan juga segala isi dalam rumahtangga termasuk anak dalam kandungan.
 
2. Berpuasa sunat
Khusus untuk suami, banyak berpuasa atau sekurang-kurangnya seminggu dua hari atau sehari pada hari Isnin dan Khamis atau salah satu daripada hari-hari berkenaan.

3. Tidak bercakap yang sia-sia
Ketika isteri mengandung, suami seboleh-bolehnya tidak bercakap yang sia-sia lebih-lebih lagi yang mendatangkan dosa seperti mengumpat, memfitnah dan sebagainya. Sebaliknya banyakkanlah berzikir dan bertahmid atau bercakap perkara-perkara yang mendatangkan faedah.

4. Banyak berdoa
Sentiasalah berdoa agar Allah kurniakan anak yang soleh dan solehah. 

5. Banyak membaca Al-Quran
Antara surah-surah yang digalakkan untuk dibaca sepanjang tempoh kehamilan :


Surah Al-Fatihah
Untuk terang hati dan kuat ingatan

Surah Maryam
Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperoleh anak yang sabar dan taat

Surah Luqman
Untuk memperoleh anak cerdik akal dan cerdik jiwa

Surah Yusuf
Untuk memperoleh anak cerdik akal dan cerdik jiwa

Surah Hujurat
Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat hati-hati

Surah Yaasin
Untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat

Surah At Taubah

Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat

Surah An Nahl
Untuk melahirkan anak yang berdisiplin



Cloth Diapers Yang Berwarna-Warni

Assalamuaalaikum...

Bagi anda yang bergelar ibu dan ayah, antara barang keperluan yang perlu disediakan untuk bayi anda ialah lampin. Pada masa kini, terdapat 2 jenis lampin - lampin pakai buang dan lampin moden atau lebih dikenali sebagai cloth diaper (CD).

Cloth Diaper adalah sejenis lampin kain moden yang membolehkan anda menggunakannya sebagai pengganti lampin pakai buang. Ianya lebih murah dan jimat berbanding lampin pakai buang kerana penggunaannya boleh digunakan sehingga anak anda berumur lebih kurang 3 tahun. Ia perlu dicuci dan boleh digunakan semula oleh anak anda serta lebih selamat. Lampin kain moden ini mempunyai saiz yang berbeza dan boleh diubahsuai dari saiz S, M, L, XL mengikut berat dan saiz badan anak anda.

Saya memang tiada pengalaman menggunakan CD kerana saya mula mengenali CD semasa anak sulung sudah berumur 1 tahun.  Genap jer 1 thun stgh, saya telah bercadang untuk menggunakan CD sepenuhnya sepertimana saya bercadang untuk menyusukannya anak saya dengan susu ibu sehingga berumur 2 tahun atau lebih.
Nie antara koleksi CD yang Qayyum dah pakai,QQbaby plain ummi beli online www.lampinmoden.com, babyland plain 7 warna ummi beli online juga dekat mudah.my...dah lama pakai yang plain warna ummi pun bli yang bercorak nak tamabhkan koleksi CD Qayyum..Ummi beli brand Sunny baby miky..kain dia ala-ala baldu,sedap di pakai..brand Babyland printed pun Ummi beli..tapi xlaa mcm koleksi org lain CD yang mahal-mahal..ummi beli yang murah-murah jer..janji anak ummi selesa pakai..Yang terbaru ummi beli jenama Happy Flute XL..Nanti ummi nak tambah lg koleksi CD qayyum..





02 August 2013

Persediaan menyambut cahaya mata

Assalamualaikum semua.....

Adakah anda baru pertama kali nak menyambut Permata Hati? Jom kite tengok ape yg perlu disediakan...

  • Pakaian Bayi
1. Baju Lengan Pendek (5)
2. Baju Lengan Panjang (5)
3. Seluar Pendek (5)
4. Seluar Panjang (5)
5. Rompers (3)
**(1-5) Kalau nak beli lebih, beli size 3-6M atau 6-12M sebab baby cepat besar. Beli juga Baju & seluar yg berlubang-lubang ye.
6. Sarung Tangan (5)
7. Sarung Kaki (7)
8. Bip Baby (3)
9. Sapu Tangan (3)
10. Topi (3)
11. Tungku Bayi (1) ** Untuk melegakan kembung perut
12. Barut Baby (10) ** Beli yang bersaiz besar supaya boleh tutup dada baby sekali bagi mengelakkan dada baby masuk angin. Bukan hanya menutup perut semata2. Kalau musim panas boleh pakaikan barut sahaja disiang hari.

  • Diapering 
1. Lampin Pakai Buang (2pack) / cloth diaper (10)
2. Diaper Wipes (tisu basah) - (2pack)
3. Safety Pin
4. Changing Mat (tikar getah)
5. Nappy Liner (1)
6. Berus Pakaian
7. Detergent Khas Untuk Mencuci Pakaian Bayi
8. Simple Dimple Papa Bag

  • Nursering
1. Bedung Baby/Selimut Baby (4)
2. Set Tilam Dan Bantal Baby
3. Katil Baby
4. Mainan Untuk Gantung Pada Katil
5. Kelambu
6. Bakul Baju Kotor
7. Bakul Untuk Simpan Pakaian Baby

  • Penjagaan Diri (Baby Care & Grooming)
1. Bedak Baby
2. Losyen Baby
3. Baby Oil
4. Putik Kapas (cotton bud) **cari yg khas untuk baby ye-hujung nye kecil
5. Sikat
6. Pengepit Kuku (Nail Clipper)
7. Nasal Aspirator (Baby nose clear)
8. Termometer
9. Vicks **cari yg kaler pink (khas untuk kanak2)
10. Minyak Telon & Minyak yu yee
11. Syringe
12. Cotton Ball
13. Krim Lampin (Drapolene-pink)
14. Bakul Kecil Untuk Simpan Baby Care & Grooming

Qayyum dapat kuda dan rusa

Assalamualaikum...

 Anak bujang Ummi kini dah ada kudaan rusa  mainan Thanks to Ummi belikan kuda mainan untuk qayyum.Lepas ni tak payah lg lg nak Panjat-panjat sofa dah ada kuda boleh di panjat ok.Bukan main lg die punya suka dapat kuda n rusa  tu.Siap bawa kuda tu pergi mandi lg dgn dia . kuda dgn rusa nie ummi bli masa blik kedah ari 2 sekor Rm20 jer..klu kt ipoh nie xdpat laa hrga 2 ..Ummi dah lama trigin nk blikkn untuk qayyum..dsbbkan dkat ipoh nie mhal xsggup nk bli..lpas jer pg market blik ikan,ayam terus jer pg kedai mainan..tnya hrga RM20,Nampak ummi dterpaksa laa  kluarkan duit dari bank dlu pasal duit dh blanja dkat pasar tadi bli lauk..

Yang bestnya bawa blik dgn motor 2ekor bntang nie..bkan main lg bersmngat ummi,kbtulan bawa makciknya.blh laa tlong pgang,,xdpat byang bawa mtor dgn pgang bntang alah nie..dgn tiup agin pa bagai heheheh..lawak jer dah sampai rmh bkn main srnok qayyum dapat mainan baru heheh....Amboi! melampau budak sorg ni tak penyabar nk tunggu masuk rumah. Ummi blum tongkat motor lg..
 
Dapat jer main Tak leh nak renggang dengan kuda die dah,bukan main lg sayang kudanya .xda sapa pun blh pegang kuda dgan rusa dia..menjerit xbg pgang.Apa bnda smua nk mkn minum pun  duduk atas  kuda ...Hey budak sorang ni mcm-mcm gelagat die.Tapi dah sminggu main dah lupa dkt kuda dgn rusanya..dah bosan laa 2 dh xnk main..mas aawal-awal dpat bkan main lg..budak2 mcm 2 laa dh dapat bnda baru yang lama xnk dah main...Hahaha nak tergelak jek tgk die ni main kuda.Itulah ragam anak bujang ku yang sorang ni...gamabr qayyum dgn kudannya..rusa xdapat bergambar pasl tggal d rmah toknya d kampung..bla blik kedah dpat main..
 

 

Abdul Qayyum fahim demam...

Assalamualaikum semua...

   Sebelum sambut puasa,ummi dan qayyum balik kedah bercuti..sana musm buah sekarang..almaklum la klu musim buah 2 mcm-mcam laa buah yang ada..paling best buah durian..dgn ada pulak dusun sendiri bukan main laa mkan smpai x ingt dunia buah durian..mkn punya mkn smpai qayyum pun demam..akibat dari ummi yang makan durian yang terlampau..apa laa ayat aku nie berbelit2..hehhe..ah'ah..janji org dapat baca entry aku nie huhuhu..smbung balik cerita..bukan apa qayyum kn masih mnyusu badan,jadi apa yang ummi mkn qayyum pun dapat merasa..

  Boleh katakan 1 rmah demam penangan durian..mkn terlampau bnyk sapai bdan panas,cmpur plak slsama,sampaikan qayyum pun turut demam..akibat dari berjangkit dari bapa sedaranya.. jadi kepada ibu2 yang mnyusu anak jgan lh mkn durian..tidak jadi laa mcm qayyum ank pun demam..mlm2 pg laa darul aman pg ambik ubat dgn toknya..blik mkn smggu x jagk lega dmamnya..hjung mggu abie qayyum blik kmpung nk ambik kami blik ipoh,terpaksa la blik dalam keadaan qayyum demam..dalam hati mmang xsedap,tkot2 jadi apa2 dkat qayyum..degan cuaca panasnya gagah jgak blik nk bg smpai ipoh..pahal tolak awal2 pagi lepas subuh..tpi nk smpai ipoh bknnya dekat..

Dengan meragamnya, xshat mcm2 laa budak2 nie..asyik merengek jer..kejap teriyak mcm2 lh..bdan qyyum mkin lama mkin panas..di sbabkan risau jadi bukan2..ckap dkat abie kna bht klinik ambik ubt..sampai ja rmh teriyk2 xsdap bdan pans..pg2 lpas sahur p kpj hospital..kena laa qayyum msuk wad..bdan pans terlampau..dgn slsmanya..berrmah laa ummi dgn qayyum di wad 4hari 3mlm.

                                                
                                        antara gambar-gambar qayyum semasa d wad:


















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Koleksi Hasliyani

My photo
Produk-produk yang dijual adalah 100% asli. Untuk sebarang pertanyaan & tempahan boleh menghubungi Ikhwan (012-5736767) Yanie (012-5272767) *Pembeli akan menikmati diskaun dengan setiap pembelian yang dibeli. Harga yang dipaparkan adalah selepas diberi diskaun. ** Untuk penghantaran diluar kawasan ipoh, pembeli akan dikenakan bayaran poslaju. Antara Produk Yang Boleh Didapati adalah seperti, Set Lengkap Salindah, Makanan Minda Examo & MatSa, dan lain2 produk keluaran Syarikat Era Edar Marketing. Selain itu saya turut menjual barut bayi dengan harga serendah RM3.50 dengan pelbagai corak yang menarik dan bantal bayi jenis kekabu dengan harga yang murah.