13 October 2011

Set Lengkap Salindah

SALINDAH

RM370.00
Item details
Weight: 600 grams

SEJARAH

Bagi wanita, kehamilan atau mengandung adalah suatu pengalaman yang tidak sama dengan pengalaman-pengalaman lain yang pernah dilalui, terutamanya wanita yang mengandung untuk kali pertama. Ada yang tersangat gembira dengan berita kehamilan itu dan ada pula yang menjadi bimbang dan cemas terutamanya bila menjelang waktu-waktu hampir melahirkan anak. Ini berlaku kerana mungkin bakal ibu ini pernah mendengar pelbagai khabar bagaimana susahnya untuk melahirkan anak.


Setelah menyedari masalah yang dihadapi kaum wanita semasa mengandung, Prof. Dr. Azizan bin Hj. Ismail (DR. AZIZAN) telah mengkaji secara mendalam mengenai kehamilan dari semua aspek dan kemudian berusaha menghasilkan suatu rencana makanan jagaan rawatan ibu dan anak yang dikandung. Dengan adanya rencana makanan ini, maka kaum wanita dapata melalui zaman kehamilan dan dapat melahirkan anak dengan aman tenteram, jauh daripada rasa takut, cemas dan bimbang, terhindar daripada aneka rupa masalah waktu mengandung, semasa bersalin dan selepas bersalin. Dengan itu mengandung dan bersalin akan menjadi suatu pengalaman yang dapat dinikmati. Rencana makanan jagaan dan rawatan kehamilan ini telah banyak berbakti kepada kaum ibu, dan telah mendapat sanjungan di kalangan ibu dan para doktor, bukan hanya dari dalam Malaysia malah juga oleh mereka dari luar negara. Prof. Dr. Azizan menamakan rencana jagaan dan rawatan kehamilan ini sebagai SALINDAH.


Bagi mereka yang mengambil rencana SALINDAH ini adalah dinasihatkan agar sekali sekala ke pusat pemeriksaan kehamilan untuk memeriksa kandungannya. Oleh kerana ada di antara ibu yang menggunakan SALINDAH bersalin tanpa bidan yang menyambut kelahiran bayinya, maka adalah disarankan agar segera mendapatkan bidan atau pun di bawa kehospital apabila terasa sahaja hendak bersalin walaupun rasa sakit tidak bersungguh.


Hasil kajian yang begitu lama, SALINDAH mulai diperkenalkan kepada masyarakat sejak tahun 1980. SALINDAH merangkumi kedua peringkat dari sebelum bersalin sampai waktu lepas bersalin. SALINDAH Set Lengkap mulai dari 3 bulan hamil dan tamat pada habis waktu pantang, iaitu kira-kira 40 hari lepas bersalin. Bagi ibu yang mengambil SALINDAH Set Lengkap ini maka ia memperolehi keseluruhan kebaikannya. Perlu juga dinyatakan di sini bahawa rencana makanan jagaan dan rawatan ibu hamil ini disediakan daripada ubat-ubatan  menurut kaedah Homeopati dan Biokimia yang telah memang dimaklumkan tidak boleh mendatangkan sebarang kesan sampingan atau keracunan.


Semasa mengandung ibu-ibu adalah dinasihatkan agar menjaga makan minumnya. Prof. Dr. Azizan yakin bahawa banyak daripada masalah-masalah kesihatan yang dideritai oleh bayi yang baru lahir dan kanak-kanak seperti jantung berlubang, penyakit kuning, cacat anggota tertentu, leukimia, thalassemia dan lain-lain lagi ada kaitannya dengan amalan makan minum ibu sewaktu hamil.

WANITA PERTAMA PENGGUNA SALINDAH
Prof. Dr. Hjh. Hamsiah binti Ismail
Pengurus Besar EEMSB (kumpulan syarikat DR. AZIZAN)

Pada awal peringkat kajian Allahyarham Prof. Dr. Azizan Ismail, saya telah diberikan remedi sebelum bersalin iaitu B4, B5 dan B6. Ketika itu saya hamil anak ke dua. Ketika hamil anak ketiga. Prof. Dr. nenberikan remedi B1 hingga B6, manakala anak ke empat, saya hanya mengambil remedi selepas bersalin sahaja iaitu L7 hingga L12 kerana telah kehabisan remedi sebelum bersalin.
Namun begitu, ketika hamil anak kelima sehinggalah yang ke-12, saya dapat menggunakan Salindah Set Lengkap. Alhamdulillah, berkat usaha Prof. Dr. yang tidak pernah mengenal erti kecewa, saya dapat melahirkan mereka dengan mudah dengan izin Allah dan amalan saya menggunakan produk SALINDAH. Empat anak saya dilahirkan di hospital, manakala lapan lagi di rumah sahaja. Tiada sebarang jahitan malah saya bersalin dengan mudah.
Saya yakin, kegembiraan bersalin mudah ini turut disyukuri oleh ramai lagi ibu-ibu yang pernah menggunakan SALINDAH. Alhamdullilah.

KELULUSAN KEMENTERIAN KESIHATAN
Sumber:
Registered Products Search
Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan

PENGGUNAAN
Produk
Kandungan
Masa penggunaan
Cara pengambilan / penggunaan
B 1
336 biji
mulai minggu 12 (bulan 3)
2 biji 2 kali sehari
B 2
120 biji
mulai minggu 24 (bulan 6)
2 biji 2 kali sehari
B 3
336 biji
mulai minggu 28 (bulan 7)
2 biji 2 kali sehari
B 4
30 biji
4 minggu (1 bulan) sebelum dijangka bersalin
1 biji sehari
B 5
84 biji
2 minggu sebelum dijangka bersalin
2 biji 3 kali sehari
B 6
30 biji
1 minggu sebelum dijangka bersalin
1 biji sehari (Bila sakit, ambil 1 biji setiap 15 minit)
L 7
30 ml
penggunaan luaran
basahkan kapas, lekap pada luka dan pusat bayi
L 8
30 biji
mulai 5 jam selepas bersalin
1 biji setiap jam
L 9
16 biji
mulai dari hari ke 2 bersalin
1 biji 4 kali sehari
L 10
96 biji
mulai dari hari ke 6 bersalin
2 biji 3 kali sehari
L 11
220 ml
mulai dari hari ke 7 bersalin
2 sudu 3 kali sehari sebelum makan.
L 12
96 biji
mulai dari hari ke 21 bersalin
2 biji 2 kali sehari


Catatan Tambahan
  • Seelok-eloknya ambil Salindah semasa perut kosong (sebelum makan)
  • Sekiranya lambat mula mengambil B1, ia boleh diambil sekali dengan B2 atau B3, jarakkan 5 minit antaranya. B1 digalakkan untuk dihabiskan walaupun bermula lewat
  • B3, B4 dan B5 elok diambil selang 30 minit
  • Salindah boleh diambil dengan vitamin atau ubat lain. Cuma jarakkan 2 jam
=======
  • Hendaklah berpantang minuman berkafein seperti kopi, nescafe dan juga air bergas semasa mengambil pil homopati (B4, B6, L8 dan L9)
  • Hendaklah berpantang asam semasa mengambil pil biokimia BTS (B1, B2, B3, B5, L10 dan L12)
  • Hendaklah berpantang air kelapa, air asam dan limau nipis semasa mengambil herba L11
=======
  • Kurangkan pengambilan L11 sekiranya bayi yang menyusu badan cirit birit atau demam

 
·         Sekiranya bayi songsang, bolehlah mendapatkan ubat homeopati RTA
·         Sekiranya bayi terkena penyakit kuning, sila dapatkan ubat homeopati RTD
·         Untuk meningkatkan kandungan susu badan, amalkan ubat homeopati RTC



Produk
Kegunaan
B 1
Membekalkan zat besi mudah hadam untuk wanita hamil, mengurangkan muntah, loya serta alahan, membantu tumbesaran tian, mencegah demam, batuk, selesema, sejuk-sejuk, sakit kepala, sakit gigi dan lain-lain. B1 juga akan menghilangkan kesan jatuh atau rebah di samping melancarkan aliran darah agar terhindar masalah tersimpul urat kaki dan menghilangkan lesu.
Bio
MAL05092335T
B 2
Membekalkan zat untuk tumbesaran tian, menguatkan tulang dan membina otak tian, di samping menambah darah serta selera makan. B2 juga dapat menghilangkan sengal tulang dan kebas kaki tangan, mencegah serangan sejuk dan sakit gigi dan osteoporosis.
Bio
MAL05092336T
B 3
Memberi zat untuk pembinaan saraf dan otak anak. Menghilangkan masalah takut, cemas dan bimbang. Mencegah simpul biawak atau krem betis. Mendatangkan ketenangan bagi menghadapi hari bersalin. 
Bio
MAL05092337T
B 4
Istimewa untuk mengawal alamat palsu, menghilangkan sakit urat dan otot di samping mengurangkan sakit semasa melahirkan. B4 juga akan memudahkan kelahiran bayi dan menghilangkan rasa takut dan cemas pada bakal-bakal ibu.
Hom
MAL07021406T
B 5
Remedi ini melanjutkan tindakan B4, mengendur dan menganjalkan otot pencerut saluran peranakan dan memberi daya teranan labour sewaktu bersalin.
Bio
MAL05092339T
B 6
Berguna untuk menguatkan teranan, menolong mengurangkan sakit sewaktu bersalin, mempercepat dan mempermudahkan kelahiran, membuka luas saluran peranakan dan mengurangkan sakit selepas bersalin.
Hom
MAL08010729T
L 7
Bagus untuk menyembuhkan luka, jahitan serta pusat bayi di samping mencegah jangkitan kuman dan penanahan. 
Herb
MAL05092341T
L 8
Membantu menyembuhkan rasa sakit-sakit, menghentikan darah, mencegah sakit meroyan, demam dan sakit kepala. 
Hom
MAL07124635T
L 9
Menghilangkan sengal selepas bersalin dan bisa-bisa, sakit meroyan, menghentikan darah nifas, membetulkan urat-urat darah yang putus, menyusun semula alat peranakan dan menguatkan seluruh anggota tubuh.
Hom
MAL07021407T
L 10
Mempercepatkan kecut semula rahim. Mengangkat kembali rahim ke kedudukan asal dan mengurangkan simpul urat biru. 
Bio
MAL05092338T
L 11
Tonik istimewa bagi memanaskan tubuh, menambah selera, membaiki penghadaman dan melancarkan pembuangan najis. Mengenakkan tidur, menghilangkan kebas-kebas serta menyegarkan rahim dan alat peranakan
Herb
MAL05092342T
L 12
Berfungsi untuk menjaga kesihatan ibu bersalin agar sentiasa sihat; mengembalikan kekuatan, memulihkan alat pengkelamian dan menimbulkan kesegaran. 
Bio
MAL05092340T


  • Bio = Biokimia
  • Hom = Homeopati. Elakkan pengambilan minuman berkafina (kopi, nescafe, teh) dan minuman bergas. Jangan dipegang ubat dan gunakan sudu plastik atau hanya gunakan tudung ubat sahaja
  • Herb = Herbalisma



*Untuk tempahan boleh menghubungi Ikhwan (012-5736767) @ Yanie (012-5272767)
**Produk adalah 100% Asli

3 comments:

  1. Assalamualaikum..set salindah ada stok lagi x? saya berminat nk guna. sekarang mengandung anak kedua, kwan2 bnyk promote utk guna set ni.

    ReplyDelete
  2. Waalaikumsalam. salindah ada stok lg. klau berminat bole la cuba.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum...masih Ada jual set bersalin salindah x?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Koleksi Hasliyani

My photo
Produk-produk yang dijual adalah 100% asli. Untuk sebarang pertanyaan & tempahan boleh menghubungi Ikhwan (012-5736767) Yanie (012-5272767) *Pembeli akan menikmati diskaun dengan setiap pembelian yang dibeli. Harga yang dipaparkan adalah selepas diberi diskaun. ** Untuk penghantaran diluar kawasan ipoh, pembeli akan dikenakan bayaran poslaju. Antara Produk Yang Boleh Didapati adalah seperti, Set Lengkap Salindah, Makanan Minda Examo & MatSa, dan lain2 produk keluaran Syarikat Era Edar Marketing. Selain itu saya turut menjual barut bayi dengan harga serendah RM3.50 dengan pelbagai corak yang menarik dan bantal bayi jenis kekabu dengan harga yang murah.