14 June 2013

DIY:Cloth Pad lagi

Assalamualaikum semua...Mari saya kongsi sedikit cara-cara menjahit Cloth Pad
Yahahahaha..best tau bt benda alah nie..dari xtau buat dah pun cekap hhuhuhu..terlebih suka pulak yer..Dah nama ‘cloth’ harus la ada kain kan Ok!!Kain-kain yang diperlukan…Macam-macam kain,
Antara kain yang kita boleh guna untuk buat ‘soaker’ aka pad yang tengah tu
  • kain kapas flannel
  • kain fleece(ambik ja selimut anak..nak cari fleece kat malaya ni memang susah..melainkan kain selimut bayi)
  • kain terry/towel..guna saja towel yang ada…
  • microfibre cloth
untuk buat lapik atas/wings
  • kain kapas flannel
  • kain baldu/velvet taffeta
Cara membuatnya:
sebenarnya ada banyak cara ,buat pattern…senang saja.cory jer dari internet pas 2 print kn senang heheh..sapa xtau nak bt google k..dah siap print letak atas n tandakan ikut pattern yang korang ambik.dan potong


                                                    nie contoh siap di tekap dengan pattern


dah pun siap potong saya susun ikut susunan gini dari atas ya maknanya yang atas akan kena ‘darah’ dulu saya mulakan dengan
flannel
flannel
flannel
towel
microfibre
or
flannel
fleece
towel
microfibre
or
flannel
flannel
fleece
towel
towel
ok susun semua tu jahit… satukan ketepikan, potong kain untuk wing
ok untuk wing kita boleh buat dengan flannel dan bahagian bawah..yang akan sentuh seluar dalam kita kain cotton flannel atau pub boleh juga gunakan  velvet taffeta ,velvet taffeta agak kalis air..ok
so takle bocor..take time untuk bocor
saya potong macam nie Cantumkan ‘soaker’ dan wing bahagian atas…yang akan first kena ‘darah’letak gini ya mean yang kena ‘darah’ first akan sentuh dengan wing punya kain..ok??Jahit sekeliling ‘soaker’kemudian jahit juga ‘top stitch’ atas soaker itu…
 Cantum wing semua OK…cantum benda yang kita buat .
bahagian atas 3. bertemu bahagian flannel..yang bahagian microfibre tu nanti akan ada di bawah ‘soaker’
apa laa  ayat ku ni ber belit-belit nk terang huhuhu..
Jahit keliling./…tebuk lubang  sikit lubang 2 untuk terbalikkan…
terbalikkan….kemudian jahit keliling pad anda itu…


                                                               nie hasilnya
 
Untuk maklumat lanjut cara nak jahit sila juga google ya letak keyword ‘how to make cloth pad’
selamat ber-DIY!! kepada semua..

11 June 2013

Penyusuan Susu Ibu Dari Pandangan Islam

Assalamualikum..

Apabila seorang bayi dilahirkan ke dunia ini, dia memerlukan ibunya. Bayi itu perlu diberi makanan yang diserap melalui darah ibunya semasa di dalam kandungan. Makanan ini telah ditukar dengan kehendak dan kuasa Allah kepada susu yang mengandungi semua kandungan penting dan perlu untuk tumbesaran bayi itu. Al-Quran ada menyebut tentang penyusuan ibu dan perhubungan antara bayi dan ibu susunya iaitu apabila ibunya tidak dapat menyusu dengan sebab-sebab tertentu maka ibu susu diupah untuk menyusuinya.
"Dan Ibu-Ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama
dua tahun genap, iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu"
Dari ayat di atas (AL-BAQARAH:233) kita dapat pendirian berikut:

PERTAMA:

Adalah kewajipan ibu untuk menyusui bayinya dan meyempurnakan haknya untuk menikmati dan mendapat kebaikan susu ibu, jika dia mampu. 

KEDUA:
Tempoh penyusuan susu ibu bagi mereka yang ingin memenuhinya ialah dua tahun.
"Dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya: dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). Kemudian jika kedua-duanya (suami isteri) mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang dapat dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah(melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut." 

Petikan dari Artikel Penyusuan susu ibu di Harian Metro Online

Minda: Keberkatan susu badan


Amalan penyusuan susu ibu sering dikaitkan dengan budaya tradisional oleh ibu yang mendakwa diri mereka lebih moden. Pelbagai tanggapan negatif dilemparkan mengenai amalan penyusuan itu dengan menyatakan kaedah itu menyebabkan susuk Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 223 yang bermaksud: “Ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bayi yang ingin menyempurnakannya.” Maksud intipati ayat itu ialah satu kewajipan buat ibu menyusui bayi mereka dan seharusnya menyempurnakan hak bayi untuk menikmati dan mendapat kebaikan susu ibu.


Susu ibu juga pengikat kasih sayang antara ibu dan bayi. Dengan belaian mesra, pelukan erat dalam dakapan ibu akan mengalirkan unsur kasih sayang sejati yang tiada taranya antara ibu dan bayi. Bayangkan, dalam kenikmatan yang tidak ternilai yang dialami bayi semasa proses penyusuan membuatkan bayi itu terlena. Malah, bayi berasa aman, selamat dan harmoni dalam dakapan seorang ibu semasa meminum susu ibu mereka. Indahnya anugerah Allah.


Bayi Susu Ibu Kurang Berak

 Assalamualaikum semua...

Disini ummi nak kongsikan kepada semua orang perkembangan bayi yang menyusui susu ibu kurang berak.. Hampir semua ibu bapa pernah menghadapi situasi bayi tidak berak beberapa hari. Seseorang yang sihat sepatutnya berak setiap hari. Bayangkan kita makan macam-macam setiap hari, tapi berak seminggu sekali. Segala bahan buangan pergi mana? Masalah berkaitan dengan berak seperti berak seminggu sekali, sembelit atau cirit birit bukan satu perkara yang boleh dipandang remeh. Ia mungkin merupakan petanda kepada masalah kesihatan seperti kekurangan nutrisi atau penyakit lain yang lebih serius.
Bagaimana pun, bagi seorang bayi yang HANYA minum susu ibu, kejadian tidak berak selama beberapa hari sering berlaku. Perkara ni pernah berlaku to Damia, and menurut pakar Paed Damia, Dr. Roliza, susu ibu tidak mengandungi bahan yang tidak diperlukan. Semuanya diserap oleh tubuh bayi. So its NORMAL jika bayi bila masuk 2-3 bulan tak berak selama beberapa hari... saya pernah mendengar ada juga ibu yang menggunakan ubat yang dimasukkan ke dalam punggung bayi bagi "memaksa" bayi itu berak, saya tidak pasti sejauh mana kebenaran fakta ini, tetapi perkara ini sekiranya diamalkan ditakuti boleh menjejaskan sistem penyahtinjaan normal tubuh bayi itu.


Apa yang perlu di ambil perhatian?
  • (1) Pastikan bayi kencing seperti biasa
  • (2) Perut tidak kembung atau keras
  • (3) Bayi aktif dan tidak kerap menangis ( menangis mungkin disebabkan oleh banyak faktor, kenalpasti faktor-faktor tersebut sebelum membuat apa-apa kesimpulan)
  • (4) Susukan bayi dengan kerap dan pastikan bayi mendapat foremilk dan hindmilk yang secukupnya - bayi yang tidak mendapat cukup susu juga mempunyai kebarangkalian untuk tidak berak dengan kerap
Bila perlu merujuk pada doktor?
  • (1) Bayi sering menangis
  • (2) Perut bayi bengkak dan keras
  • (3) Bayi tidak mahu menyusu
  • (4) Bayi kerap muntah - susu mungkin tidak masuk ke saluran usus dan memenuhi perut
Sekiranya bayi anda tidak berak, jangan panic. Monitor perkembangan bayi dan sekiranya bayi tidak sembelit ketika berak biasanya tidak ada apa yang perlu dirisaukan. Bila mereka berak anda boleh periksa warna najis mereka & kenalpasti kesihatan mereka...

Berikut anda boleh mengenali najis bayi melalui warnanya:-


Kuning
Warna ini adalah normal jika bayi hanya mendapat penyusuan ibu semata-mata, tiada campuran dengan susu formula. Warna kuning disebabkan bayi mendapat susu ibu sepenuhnya dari foremik (susu bahagian hadapan payudara ibu) dan hindmik (susu dari payudara belakang ibu).


Hebatnya Susu Ibu

Assalamualaikum..

Ha'a harini ummi nak cerita mengenai kehebatan snak yang menyusu susu ibu..Sebelum anak ummi Abdul Qayyum Fahim lahir kedunia  lagi, ummi dah berniat  dalam hati nak susukan anak ummi sehingga  mencecah 2 tahun! Insya Allah. Dari anak ummi dilahirkan, sehingga 6 bulan, Sayang ummi hanya boleh minum susu sahaja. No susu formula bahkan susu lembu hhuhuhu...
Terdapat banyaak sangat khasiat susu ibu ni Sayang ummi tau. Secara ringkas, boleh tengok kat gambar kat bawah ni jek. hehe.



Gambar Sekadar hiasan

 Bayi yang minum susu ibu sisitem Imunisasi anak amat baik ini kerana kandungan susu ibu mempunyai antibodi dan vaksin yang babik untuk bayi serta mengurangkan penyakit kanser pada kanak-kanak.

09 June 2013

MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W

MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W

1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.

2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.

3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut

5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.

6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi perwatakkan dan wajahnya.

7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan. Menguatkan belakang,memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.

8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.

9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.

10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.

11. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati~


BEDUNG MODEN

Assalamualaikum..

Sebulan lepas ummi ada cuba buat kain bedung moden..cuba2 dulu..tgk menjadi laa pulak.padahal xda pun contoh nak buat..pakai2 potong ja kain..jahit terus menjadi.Dah ramai org guna bedung moden sekarang,nak mudah cepat dan senang katakan..Ummi ja ketingalan zaman hehehhe..






Diperbuat daripada 100% kain cotton flannel yang lembut, gebu dan selesa di pakai..amat mudah di gunakan..hanya masukkan babay anda ke dalam poket bedung dan zapkan sahaja ..

Untuk tempahan bolehlah hubungi/sms yani
No.tel 012-5272767

petua menambahkan susu ibu



 Assalamualaikum..semua

Disini saya nak berkongsi kepada semua orang yang bergelar ibu bagaimana cara untuk menambah susu mengikut petua.Himpunan dari pelbagai cara bagi menambah susu badan,petua nie saya ambik dari group KIM di FB dan saya kongsikan kepada semua ibu-ibu dan bakal2 ibu..



Pemakanan
  • Lobak Putih - Rasanye agak pelik. Ada yang buat sup dan jus. Mana yang boleh terima tekaklah. masak sup, + telur + soohoon pun boleh, lagi sedap
  • Sawi - Masak goreng tumis atau rebus.
  • Pegaga, daun pucuk betik, jantung pisang - dimakan sebagai ulam, rebus atau urap. Urap tu campuran kelapa, daun, bawang merah, bawang putih, ikan bilis/ ud...ang kering.
  • Cekur Manis - masak rebus/ lemak manis.atau dihancurkan ditampal pada payu dara ibu, dibasuh selepas kering.
  • Kacang Hijau - bubur kacang hijau.campur beras merah & also bagus utk pekatkan susu
  • Kacang Tanah - kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing
  • Daun Kucai - daun kucai dan ikan bilis secukupnya dan rebus.makanlah bersama-sama nasi
  • Petola, bayam, daun turi - masak lemak manis
  • Ikan - segala jenis ikan - pernah makan ikan masak asam, wah bengkak giler breast pas mkn tu.
  • Kacang buncis
  • Kentang
  • Daging 
  • Sayur Petola
  • Sup Ketam
  • Ulaman
  • Roti (segala jenis roti especially roti planta)
  • Cheese
  • Sup papaya
  • Buah Kurma
  • Kobis - masak air
  • Buah Laici, Longan, Mata Kucing, Rambutan - bukan yang dalam tin/ di proses, yg pure tau
  • Sayur Bendi - Buat ulam cicah sambal atau masak
  • Biskut bijirin - ape2 saje biskut yg ade cereal, cth dr brand IKO, Jacob etc.


Minuman

  • Minum susu - Susu Anmum Breastfeeding yang paling sesuai.
  • Air masak - Jangan lupa minum air masak banyak-banyak. Kajian menunjukkan minum air masak sebelum breastfeed baby, InsyaAllah banyak air susunya.
  • Longan Kering - Samada dibuat jus atau dimakan begitu sahaja. Direbus dulu dengan gula batu/ gula kabung/ gula merah, kemudian diminum airnya.
  • Halba - rendam dan minum airnya (campur dlm fresh milk, minum waktu pagi). Bole juga telan sesudu kecil ngan air suam kalu tak lalu nak minum airnye. Bole juga ditambah dlm apa2 masakan cth kari.
  • Oat - minum dengan air suam + susu tin/Anmum, buat lempeng/cekodok.
  • Amalkan minum milo/nestum/horlicks
  • Amalkan meminum air rebusan buah pala/jus pegaga/spirulina
  • Soya Organic- minum secawan sehari.
  • Kurma - makan begitu sahaja atau buat jus/ ice blended
  • Madu - sebagai pemanis dalam minuman atau dessert.
  • NESVITA (campur oat)
  • Rebusan bunga kobis
  • air kelapa
  • Jus pegaga
  • spirulina
  • daun betik -rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum dua hingga tiga kali sehari
  • Lobak putih -parut lobak putih dan kisar hingga halus. Campurkan dengan satu gelas air suam. Minum dua kali sehari. Atau campurkan lobak putih+lobak kuning, dikisar dan ambil patinya, bancuh dengan susu minum.
  • air sengkuang cina - Boleh beli yg dalm tin brand season F&N or buat sendiri, kisar buah sengkuang rebus ngan gula sedikit.


Supplement
  • Milkmaid Tea - ramai ibu2 yg beri respon +ve bile minum tea nih.
  • GNC fenugreek - Halba dlm bentuk kapsul keluaran GNC, bole didapati di farmasi GNC.
  • Pil ASI
  • JOY ANGEL NURSING TEA -
  • +ve effect dan kesan dpt dilihat dlm masa singkat, tapi rasenye kureng sedap, bau mcm rempah kari huhuhu
  • Autumnz ORGANIC Nursing Tea
  • Sacred Tea for Nursing Moms
  • ML - More Milk Special Blend Alcohol-free tincture (2oz)
  • ML - More Milk Plus Vegetarian Capsules
  • ML - Goat's Rue Vegetarian Capsules
  • Melilea Greenfield Organic
  • Melilea Organic Soya Drink
  • Mildura Organic soybean powder
  • Bio-Protein
  • Certified Organic Spirulina
  • Minyak Habatussauda DCl
  • Makan ubat homeopati - alafafa, china off, calc flour
  • omega 3
  • obimim
  • kalsium
  • vitamin c
  • Jamu nona roguy...phytonatal

02 June 2013

Tips Penyusuan yang betul

Assalamualaikum..

Hari nie saya nak kongsi tips penyusuan yang betul kepada ibu-ibu dan bakal bergelar ibu di luar sana..



1- Teknik lekapan

Berikut dalah perkara yang perlu dilihat mengenai pelekapan yang betul
* Sentuh bibir bayi, tunggu mulutnya terbuka luas
* gerakkan badan bayi ke arah payudara
* pastikan bayi mengambil lebih kawasan hitam payudara(areola)
* pastikan bayi melekap dengan betul dan ampu sedikit payudara

Cara pelekapan yang betul
* mulut bayi terbuka luas
* dagunya mencecah payudara
* bibir melekup keluar
* pipi gelembung
* payudara nampak penuh dan bulat
* terdengar nada hisapan – hisap -telan-hisap-telan


gambar hasil dari google 


2- Teknik untuk kawal susu dari memancut dgn banyak semasa menyusu.
 (keadaan ni membuatkn baby mcm tersedak)
1. Tekap dahulu dengan kain, ataupun tadah susu itu, selepas let down itu kembali normal, baru susukan bayi semula
2. Puan boleh gunakan pegangan gunting ‘scissor hold’ pada bahagian aerola bagi memerlahankan susu.
3. Perah dahulu baru susukan bayi.

Ustaz Abdul Qayyum Fahim

Assalamualaikum..

Awal tahun ari 2 makngah qayyum p makkah buat haji..ada belikan untuk qayyum jubah arab..cantik jubahnya..tima kasih makngah..walaupun jubah 2 tngannya labuh tetap cntik..bila qayyum pakai,.tapi xnk laa biar qayyum pakai bersenting bagai..ummi pun potong laa  sikit bagi xlabuh bahagian tgn..


 Siap menerai lg jubah arab nie..sampai xnak pulak tanggal jubah nie..mungkin selesa kot..

 Dah pakai2 blh pulak dok layan crita katun toy story 3.Punya laa ralit tgk cerita kesukaan..



 Tengah aksyik melayan cerita katun kesukaanya..sampai ummi ambik gambar pun dah xkisah hehehe...Qayyum2.
Akhirnya sedar juga ummi dok ambik gambr dia.xpuas hati trus bngun nk marah ummi laa konon2..pasal ummi kacu dia tgh tgk crita..

Keretaku Doraemon..


Assalamualaikum..semua dan selama malam..


Dua bulan lepas ummi ada bawa Qayyum pi rumah sedara ummi di rapat setia..sampai2 je..Qayyum seronok tgk mainan kakak bing2.trigin nk main tapi takot2..ada laa kereta mainan abie ambik bg Qayyum main,muka suka  dapat maianan  walaupun takot2 campur segan(maklumlah pi rmh org)..


Dalam tengah main ,blh plak kakak bing2 rampas mainan dari Qayyum,katanya mainan dia punya(tapi betul pun mainan dia punya).biasa laa budak2 kalu xrebut mainan xsah bukan bdak laa orng paggil hehehe...dalam hati ummi berkata xpa nti ummi blikan untuk adik..lgpun dah lama nk bli kereta mainan kt dia..dulu dia masih kecil lg..

Hari mggu abie ajak p bli brg2 dapur di tesco,smpai ja sna bukan ummi cari brg2 dpur tgk2 kereta mainan untuk Qayyum..pilih punya pilih ummi xpuas hati..abie kata nti kita p tgk2 d pekan lama ipoh..ummi pun xsabr2 nk blikan untuk Qayyum sbnarnya.(ank xkisah pun maknya yg lebih2 huhuhu..)

Hari rabu abie blik keja awal,siap2 terus pg pekan lama ipoh, jalan punya jalan akhirnya jumpa kedai  borong mainan kanak-kanak,(xingat laa pulak ummi nama kedainya)..Di kedai 2 mainan murah2 rambang mata ummi tgk mainan..Akhirnya ummi dan abie bkenan dgn kerta doraemon..siap ada music lg..bnyi2 bnatang pun ada bnyi burung,itik,kambing..Qayyum pun suka..

 Akhirnya dapat juga qayyum ada kereta mainan sndiri..bli2 terus kami blik rmh..qayyum dh srnok dpat keta mainan,smpai xsabr2 nk main..dlam kereta dia asyik tekan2 je music..pening ummi buatnya..bunyi kuat sngt..



                                                Qayyum dengan kereta mainan Doraemon..

Pon pon2 ...Ummi ku blikan kereta,kereta kecil  Qayyum warna biru.. blh qayyum bawa ke sekolah..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Koleksi Hasliyani

My photo
Produk-produk yang dijual adalah 100% asli. Untuk sebarang pertanyaan & tempahan boleh menghubungi Ikhwan (012-5736767) Yanie (012-5272767) *Pembeli akan menikmati diskaun dengan setiap pembelian yang dibeli. Harga yang dipaparkan adalah selepas diberi diskaun. ** Untuk penghantaran diluar kawasan ipoh, pembeli akan dikenakan bayaran poslaju. Antara Produk Yang Boleh Didapati adalah seperti, Set Lengkap Salindah, Makanan Minda Examo & MatSa, dan lain2 produk keluaran Syarikat Era Edar Marketing. Selain itu saya turut menjual barut bayi dengan harga serendah RM3.50 dengan pelbagai corak yang menarik dan bantal bayi jenis kekabu dengan harga yang murah.