27 May 2013

KHASIAT LEBAH KELULUT

Assalamualaikum semua....


Tidak ramai menyedari, lebah kelulut mampu mendatangkan pendapatan lumayan walaupun serangga itu gemar menjadikan batang pokok sebagai habitat semula jadinya.
Kelulut sering disamakan dengan spesies penyengat tetapi ia mempunyai nilai tinggi dalam pengeluaran madu berkualiti yang kaya dengan antioksidan.

Khasiat madu kelulut dikatakan dapat mening­katkan metabolisme badan, menambahkan tenaga batin, menjaga kecantikan, memberi tenaga kepada wanita yang baru bersalin dan membantu merawat kecederaan dalaman.

Madu kelulut juga memperlahankan pertumbuhan sel kanser, mengecutkan kerada­ngan dan meningkatkan daya imunisasi tubuh.



Khasiatnya dalam dunia perubatan memang banyak malah ujian turut dilakukan penyelidik Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dan Universiti Sains Malaysia (USM).

Di Malaysia terdapat kira-kira 30 spesies kelulut dan kebanyakannya ditemui di kawasan hutan.

Berbanding lebah yang hanya menghasil­kan madu, kelulut begitu unik kerana mengeluarkan tiga produk madu iaitu bebola madu, propolis dan pollen (debunga).

Melihat kepada pasaran madu kelulut, harganya mampu mencecah RM120 sebotol bagi 350 mililiter, sedangkan madu biasa dijual RM30 dalam kuantiti sama.

Pegawai Penyelidik MARDI, Mohd Fahimee Jaapar berkata, pihaknya giat mengumpulkan spesies kelulut di seluruh negara.

“Pada mulanya, kelulut digunakan MARDI sebagai agen pendebungaan. Kita mahu pokok yang ditanam berbuah dengan adanya agen pendebungaan iaitu kelulut. Bagi kami, pendebungaan adalah hasil pertama manakala madu dan propolis hasil kedua.

“Pemikiran bagi kebanyakan orang kampung, lebah kelulut tidak mempunyai madu, tetapi kajian mendapati serangga itu mengeluarkan madu se­tanding madu lebah,” katanya.

Semua spesies kelulut dikumpulkan sejak 2007 dan kini diternak di dua kawasan khas di MARDI iaitu di Bahagian Pendebungan dan kebun buah-buahan.


“Ada 15 spesies lebah kelulut dikumpulkan dan hanya dua spesies yang dikomersialkan iaitu jenis ‘Trigona Itama’ dan ‘Trigona Thoracica’,” katanya.

Mohd Fahimee dibantu rakan setugas iaitu Penolong Pegawai Penyelidik, Zulidzham Mohd Sani dan Pembantu Penyelidik Kanan, Hamdan Sipon.

Beliau berkata, hasil kajian dilakukan mendapati kelulut menghasilkan ‘ramuan’ untuk perubatan alternatif.

“Kelulut banyak ditemui di kawasan kampung terutama di negeri yang mempunyai pokok rambutan tua seperti di Melaka, Perak, Kedah dan Kelantan.

“Penebangan hutan secara berleluasa turut me­nyebabkan penghijrahan spesies terbabit ke kawasan kampung,” katanya.

Menurutnya, sarang kelulut dipindahkan dari tempat asalnya dalam batang kayu ke dalam kotak kayu buatan dan diternak di lapangan.

“Anak kelulut dimasukkan ke dalam kotak khas bagi menghasilkan madu.

“Setakat ini, lebah kelulut yang diternak menghasilkan propolis, pollen dan madu,” katanya.

Katanya, kelulut tidak menyengat, namun serang­ga itu hanya menye­rang orang pertama yang mendekatinya.


“Kelulut sama dengan lebah yang akan mengeluarkan ‘feromon’. Ketika ada bahaya, seekor lebah akan mengeluarkan sejenis bahan kimia dikenali feromon untuk memanggil rakannya.

“Bau berkenaan biasa­nya akan ditinggalkan pada musuh pertama, namun jika ramai, semua akan diserang,” katanya.

Menurutnya, setiap spesies kelulut menghasilkan bentuk sarang berbeza.

“Sistem lebah kelulut unik kerana setiap sarang akan ada tiang. Tiang ini dibina daripada propolis atau damar. Penutup sarang yang terdapat dalam koloni terbabit digunakan sebagai pertahanan diri,” katanya.

Katanya, madu kelulut mempunyai lebih antioksidan.

“Kelulut mengeluarkan propolis yang mengandungi antibiotik semula jadi, antimikrob, antifu­ngus dan antikanser.

“Sebab itu sarangnya tidak ada fungus. Ini kerana kelulut menggunakan resin daripada pokok, diproses di dalam badannya bagi mencegah pembiakan mikrob,” katanya.

Kajian di MARDI menunjukkan madu kelulut mempunyai asid fenilpropanaoik, asid protocatechuik dan asid 4-hidroksifenilasetik yang tergolong dalam kumpulan asid fenolik bebas.

“Ia boleh bertindak sebagai antikanser, antitumor dan antioksidan untuk diserap dalam tubuh manusia.

“Selain berupaya menurunkan glukosa, mengu­rangkan kerosakan fungsi ginjal dan me­ningkatkan ketebalan trabekular tulang yang menguatkan tulang melalui penyerapan,” katanya.

Kajian mendapati, kelulut boleh melakukan pendebungaan di Rumah Hijau berbanding lebah.

Katanya, pe­rancangan masa depan, Bahagian Mekanisasi dan Automasi MARDI membantu untuk mengeluarkan mesin penye­dut madu yang fleksibel dan mudah alih.

MARDI juga akan menawarkan kursus penternakan kelulut kepada orang ramai yang berminat untuk terbabit dalam industri itu.

UNTUK TEMPAHAN MADU LEBAH KELULUT
HUBUNGI KAMI DI TALIAN:

TEL:04-9242664 (rumah)
H/P:012-5658796 (MD SUHAIMI )
H/P:012 5272767 (SITI HASLIYANI)

4 comments:

  1. salam .... saya amat berminat untuk memelihara lebah kelulut. Saya ada kawasan yang dilitupi pokok buah-buahhan yang rendah da sejuk hawanya.Bagaimanakah caranya saya untuk mendapatkan khidmat nasihat serta benih lebah kelulut ii. Harap dapat respon.

    ReplyDelete
  2. Bolehkah madu lebah kelulut sebagai ubat sakit jantung seperti jantung berlubang dll.

    ReplyDelete
  3. Madu kelulut mempunyai khasiat yg paling tinggi berbanding lebah biasa..memang terbaekk.. ^_^

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Koleksi Hasliyani

My photo
Produk-produk yang dijual adalah 100% asli. Untuk sebarang pertanyaan & tempahan boleh menghubungi Ikhwan (012-5736767) Yanie (012-5272767) *Pembeli akan menikmati diskaun dengan setiap pembelian yang dibeli. Harga yang dipaparkan adalah selepas diberi diskaun. ** Untuk penghantaran diluar kawasan ipoh, pembeli akan dikenakan bayaran poslaju. Antara Produk Yang Boleh Didapati adalah seperti, Set Lengkap Salindah, Makanan Minda Examo & MatSa, dan lain2 produk keluaran Syarikat Era Edar Marketing. Selain itu saya turut menjual barut bayi dengan harga serendah RM3.50 dengan pelbagai corak yang menarik dan bantal bayi jenis kekabu dengan harga yang murah.