27 May 2013

Apa Itu Cloth Pad?????

Assalamualaikum dan Selamat Pagi Semua..

 Awal-awal pagi ummi dah update blog..Si Qayyum masih lagi tido, ada masa nie ummi guna laa  sebaik-baiknya, upadate blog smbil berfb lah..hikhik.... Ummi nak kongsi kat korang semua yang masih lagi xthu apa itu cloth pad, klu orang dulu2 panggil kain cawat..(msti ramai terpikir macam mana rupa kain cawat)...rupa macam cloth pad juga cuba dibuat dari kain batik dan sebagainya..cuma skarang dimodenkan menjadi cloth pad..

Cloth pad adalah tuala wanita yang dibuat daripada kain ,dicipta untuk menyokong persekitaran alam sekitar yang lebih baik untuk masa hadapan . Seperti nenek moyang kita dahulu yang memakai kain batik,teknik itu kini dimodenkan dan lebih selesa.

Berapa lama satu pad kain boleh bertahan?
Satu cloth pad regular dapat bertahan antara 3-5 jam, pada hari-hari haid berat. Namun itu bergantung pada aliran haid individu. Tukar lebih kerap jika perlu untuk mengelakkan kebocoran.

Adakah ianya berbau?
Tuala wanita biasa sarat dengan bahan kimia berbahaya dan gel yang melepaskan wap kimia saat basah, cloth pad dibuat sepenuhnya dari kain yang ada ruang udara untuk bernafas. Anda pasti terkejut apabila mengetahui bahawa darah haid anda tidak berbau sama sekali!

Pad kain tak bocor?
Pad kain dilengkapi dengan lapisan penghalang air yang “breathable” di bahagian bawah pad untuk mencegah kebocoran. Walaupun tahan air, hambatan air ini akan bocor jika anda tidak menukar pad selama berjam-jam terutama pada hari-hari berat. Oleh kerana itu anda disyorkan untuk menukar kepada pad segar setiap 3 – 6 jam di siang hari haid berat anda, bergantung pada arus individu.

Pad kain tak tebal ke?
Pad kain sebenarnya adalah sangat nipis kerana ia hanya mengandungi kain. Berbeza sekali dengan tuala wanita biasa yang padat dengan bahan kimia dan gel, pad kain rasa jauh lebih selesa terutama pada kulit berbanding tuala wanita plastik.

Darah Haid tidak mengumpul bacteria jika menggunakan pad kain?
darah haid adalah steril dan tidak kotor. Darah mudah dicuci dari kain. Tuala wanita plastik sebenarnya tidak sihat kerana ia mencipta persekitaran yang lebih panas (dengan menjebak haba dan menghalang aliran udara) dan yang lebih cepat menggalakkan pertumbuhan bakteria yang menyebabkan gatal dan ruam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Koleksi Hasliyani

My photo
Produk-produk yang dijual adalah 100% asli. Untuk sebarang pertanyaan & tempahan boleh menghubungi Ikhwan (012-5736767) Yanie (012-5272767) *Pembeli akan menikmati diskaun dengan setiap pembelian yang dibeli. Harga yang dipaparkan adalah selepas diberi diskaun. ** Untuk penghantaran diluar kawasan ipoh, pembeli akan dikenakan bayaran poslaju. Antara Produk Yang Boleh Didapati adalah seperti, Set Lengkap Salindah, Makanan Minda Examo & MatSa, dan lain2 produk keluaran Syarikat Era Edar Marketing. Selain itu saya turut menjual barut bayi dengan harga serendah RM3.50 dengan pelbagai corak yang menarik dan bantal bayi jenis kekabu dengan harga yang murah.