27 May 2013

LANGKAH MEMBUAT CLOTH PAD

Assalamualaikum...

Sebelum nak blik bercuti di kampung..ummi ada cuba buat  cloth pad,seronok pulak buat benda alah nie..sampai xnk bhnti buatnya..dah jadi ketagih huhuhu..Disebabkan keterujaan nak buat lagi dan lagi ummi share cara nak buat cloth pad nie kat semua..Ummi buat cloth pad nie disebabkan alahan memakai pad pakai buang,bila mai jer bulan xselesa cepat berpeluh di miss V  pas tu mula laa terasa gatal-gatal..
 
Nak dapat pattern  ummi taip jer free pattern cloth pad..naik macam2 jenis pilih jer yang mana nak..tapi ummi bekenan yang blog nie www.bluedinasours.com(mugkin cantik kot hehehe)







                                                   Siap di tekap megikut pattern


Sediakan beberapa lapisan cotton flannel mengikut ketebalan yang anda inginkan. Jika mengikut ketebalan yang saya ummi, ummi menggunakan 3 lapisan cotton flannel untuk bahagian tengah (yang xbercorak/plain) dan 5 lapisan untuk bahagian luar/wing (yang bercorak).



Sudah selesai ditekap, terus dijahit dengan mesin mengikut garisan yang telah dilukis tadi. Dengan menjahit diatas garisan yang dilukis, ianya akan nampak lebih kemas.



Kemudian, selepas sudah dijahit, potong lebih yang tidak berkenaan mengikut bentuk yang telah dilukis dan dijahit tadi.Seterusnya, gunting separuh daripada lapisan kain di bahagian tengah.


 terbalikkan kain melalui lubang yang ditebuk ditengah-tengah tadi untuk mendapatkan bahagian yang betul.

  Bahagian wingnya dah un siap dijahit..terus menjahit bahagian tengahnya pula..
Ikut langkah seperti membuat wing, potong lebih yang tidak berkenaan mengikut bentuk yang telah dilukis dan dijahit tadi.Seterusnya, gunting separuh daripada lapisan kain di bahagian tengah.
Potong kain tuala baru ataupun yang terpakai untuk dijadikan inti pada bahagian tengah,untuk memudahkan penyerapan.



 Masukkan kain tuala yang dipotong mengikut ukuran ..betulkan kedudukan kain tuala tersebut.


Terbalikkan bahagian yang ditebuk dan camtumkan lapisan tengan plain dengan lapisan luar wing.
 Jahit tindih bahagian keliling kain dan kemaskan jahitan tengah-tengah cloth pad


Dah pun siap....tinggal nak letak snap button jer..Kalau tiada, letak butang ketip tu pun boleh. Tapi kena disembat tangan lah butang tu, huhu! Sudah pun jadi beberapa keping cloth pad menjimatkan duit tak payah beli kan. hihi! lepas nie abie xpayah laa keluar banyak duit nak belikan pad pakai buang untuk ummi huhuhu.. 



7 comments:

  1. salam..kat mana nk beli kain flannel ye? ada online x?

    ReplyDelete
  2. terima kasih!! tutorial yang sangat membantu!!

    ReplyDelete
  3. salam sis.. ada jual pola ke? klo ada sy nak beli ni no wssp sy 0196013022

    ReplyDelete
  4. Owh intresting,nk try wt tp xphm😢😢

    ReplyDelete
  5. Nk cuci cne,lau da gna kna wt bru k bleh pkai y da cuci

    ReplyDelete
  6. Nk cuci cne,lau da gna kna wt bru k bleh pkai y da cuci

    ReplyDelete
  7. Owh intresting,nk try wt tp xphm😢😢

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Koleksi Hasliyani

My photo
Produk-produk yang dijual adalah 100% asli. Untuk sebarang pertanyaan & tempahan boleh menghubungi Ikhwan (012-5736767) Yanie (012-5272767) *Pembeli akan menikmati diskaun dengan setiap pembelian yang dibeli. Harga yang dipaparkan adalah selepas diberi diskaun. ** Untuk penghantaran diluar kawasan ipoh, pembeli akan dikenakan bayaran poslaju. Antara Produk Yang Boleh Didapati adalah seperti, Set Lengkap Salindah, Makanan Minda Examo & MatSa, dan lain2 produk keluaran Syarikat Era Edar Marketing. Selain itu saya turut menjual barut bayi dengan harga serendah RM3.50 dengan pelbagai corak yang menarik dan bantal bayi jenis kekabu dengan harga yang murah.