09 June 2013

petua menambahkan susu ibu



 Assalamualaikum..semua

Disini saya nak berkongsi kepada semua orang yang bergelar ibu bagaimana cara untuk menambah susu mengikut petua.Himpunan dari pelbagai cara bagi menambah susu badan,petua nie saya ambik dari group KIM di FB dan saya kongsikan kepada semua ibu-ibu dan bakal2 ibu..



Pemakanan
  • Lobak Putih - Rasanye agak pelik. Ada yang buat sup dan jus. Mana yang boleh terima tekaklah. masak sup, + telur + soohoon pun boleh, lagi sedap
  • Sawi - Masak goreng tumis atau rebus.
  • Pegaga, daun pucuk betik, jantung pisang - dimakan sebagai ulam, rebus atau urap. Urap tu campuran kelapa, daun, bawang merah, bawang putih, ikan bilis/ ud...ang kering.
  • Cekur Manis - masak rebus/ lemak manis.atau dihancurkan ditampal pada payu dara ibu, dibasuh selepas kering.
  • Kacang Hijau - bubur kacang hijau.campur beras merah & also bagus utk pekatkan susu
  • Kacang Tanah - kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing
  • Daun Kucai - daun kucai dan ikan bilis secukupnya dan rebus.makanlah bersama-sama nasi
  • Petola, bayam, daun turi - masak lemak manis
  • Ikan - segala jenis ikan - pernah makan ikan masak asam, wah bengkak giler breast pas mkn tu.
  • Kacang buncis
  • Kentang
  • Daging 
  • Sayur Petola
  • Sup Ketam
  • Ulaman
  • Roti (segala jenis roti especially roti planta)
  • Cheese
  • Sup papaya
  • Buah Kurma
  • Kobis - masak air
  • Buah Laici, Longan, Mata Kucing, Rambutan - bukan yang dalam tin/ di proses, yg pure tau
  • Sayur Bendi - Buat ulam cicah sambal atau masak
  • Biskut bijirin - ape2 saje biskut yg ade cereal, cth dr brand IKO, Jacob etc.


Minuman

  • Minum susu - Susu Anmum Breastfeeding yang paling sesuai.
  • Air masak - Jangan lupa minum air masak banyak-banyak. Kajian menunjukkan minum air masak sebelum breastfeed baby, InsyaAllah banyak air susunya.
  • Longan Kering - Samada dibuat jus atau dimakan begitu sahaja. Direbus dulu dengan gula batu/ gula kabung/ gula merah, kemudian diminum airnya.
  • Halba - rendam dan minum airnya (campur dlm fresh milk, minum waktu pagi). Bole juga telan sesudu kecil ngan air suam kalu tak lalu nak minum airnye. Bole juga ditambah dlm apa2 masakan cth kari.
  • Oat - minum dengan air suam + susu tin/Anmum, buat lempeng/cekodok.
  • Amalkan minum milo/nestum/horlicks
  • Amalkan meminum air rebusan buah pala/jus pegaga/spirulina
  • Soya Organic- minum secawan sehari.
  • Kurma - makan begitu sahaja atau buat jus/ ice blended
  • Madu - sebagai pemanis dalam minuman atau dessert.
  • NESVITA (campur oat)
  • Rebusan bunga kobis
  • air kelapa
  • Jus pegaga
  • spirulina
  • daun betik -rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum dua hingga tiga kali sehari
  • Lobak putih -parut lobak putih dan kisar hingga halus. Campurkan dengan satu gelas air suam. Minum dua kali sehari. Atau campurkan lobak putih+lobak kuning, dikisar dan ambil patinya, bancuh dengan susu minum.
  • air sengkuang cina - Boleh beli yg dalm tin brand season F&N or buat sendiri, kisar buah sengkuang rebus ngan gula sedikit.


Supplement
  • Milkmaid Tea - ramai ibu2 yg beri respon +ve bile minum tea nih.
  • GNC fenugreek - Halba dlm bentuk kapsul keluaran GNC, bole didapati di farmasi GNC.
  • Pil ASI
  • JOY ANGEL NURSING TEA -
  • +ve effect dan kesan dpt dilihat dlm masa singkat, tapi rasenye kureng sedap, bau mcm rempah kari huhuhu
  • Autumnz ORGANIC Nursing Tea
  • Sacred Tea for Nursing Moms
  • ML - More Milk Special Blend Alcohol-free tincture (2oz)
  • ML - More Milk Plus Vegetarian Capsules
  • ML - Goat's Rue Vegetarian Capsules
  • Melilea Greenfield Organic
  • Melilea Organic Soya Drink
  • Mildura Organic soybean powder
  • Bio-Protein
  • Certified Organic Spirulina
  • Minyak Habatussauda DCl
  • Makan ubat homeopati - alafafa, china off, calc flour
  • omega 3
  • obimim
  • kalsium
  • vitamin c
  • Jamu nona roguy...phytonatal

Urutan

1) sikat puting setiap hari, baca selawat pastu sikat dari atas keputing....kanan dan juga kiri

2) cuci dengan berus gigi puting2 tuuu takut tersumbat liang2 puting susu

3) kalau sblm mengepam tuuuu, ambik kedua belah tangan urut dari atas terus lurutkan kebawah...(bc selawat dulu)...insyaallah itu salah satu urutan utk BF


Pil hormone prolactin (* recommended)

1) Domperidone*

2) Maxolon

3) Metoclopramide (boleh jadi depression)

4) Motilium

5) Raglan (boleh jadi depression)

p/s-pil2 ini bole didapati difarmasi, tapi dptkan nasihat doktor/pharmacist sebelum ambil ubat2 ini

Cara-cara Lain

1) baca surah al baqarah ayat 60. sambil baca letakkan tangan pada breast tu. (satu lagi surah surah al-Hujurat kalau tak salah)

2) Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada buah dada. Lakukan setiap hari.

3) Bunga melur digiling hingga halus dan ditampal sekeliling payudara diwaktu pagi sebelum mandi

4) Pucuk betik - Rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum dua hingga tiga kali sehari

5) Kobis bulat - Ambil 2 kelopak daunnya dan tekap ke breast. Atau lenyek2 pastu tampal kat breast. Bole kurangkan bengkak susu masa dlm pantang.


Psikologi

1) Selalulah berfikiran positif untuk menyusukan anak. Kalau rasa susu semakin kurang tetapi anak baru saja berumur beberapa minggu, jangan cepat panik. Susukan seperti biasa. Banyakkan solat dan doa mudah-mudahan susu kembali normal.

2) Ketika di tempat kerja dan ketika mengepam susu, bayangkan wajah anak. Dipercayai ia dapat merangsang pengeluaran susu jika kita teringat kepada anak.

3) Semakin kerap menyusukan anak, semakin banyak susu. Kosongkan payudara anda bermakna menghantar isyarat bahawa susu perlu dihasilkan lagi.

4) Demand n Supply- kerapkan susuan, kalau ada masa, baby tidur, perahkan susu, tak kisahlah walau dapat 0.5oz pun, kerana by theory, more demand, more supply


Masa pengepaman

1) cuba pam sekerap mungkin, lagi byk kita pam...lagi byk pengeluaran susu cthnya 3jam sekali

2) mlm bagi baby isap kerap ....sebab bila mlm kalau kita bg baby isap boleh membaykkan pengeluaran susu juga

3) bila pam, pam sampai susu tak keluar.....nanti breast kita akan produce susu baru....istilah yg kita selalu guna mcm kita 'buang sampah...sampah dah penuh, kita buang dlm tong sampah...pastu kita ganti dgn plastik sampah baru' gitu jugak mcm air susu kita...bila kita dah habis pam, die akan mengeluarkan susu baru

4) sblm pam minum air suam dulu....lepas pam pon minum jugak.

5) jgn minum air sejuk/ais nanti susu cepat keringjgn minum teh/nescafe taou.....mkn supplement jgn tinggal Ubat


Beberapa cara mengepam yang berkesan:

a) Jenis pam yang digunakan memainkan peranan yang besar dalam penghasilan susu. Pam yang terbaik adalah double pumping iaitu ada dua corong untuk pam kedua-dua payudara dalam masa yang sama.

b) Di antara pam elektrik dan manual, aku lebih suka elektrik kerana ia lebih efektif dan setengahnya berstimulasi seperti bayi menghisap.

c) Pam ketika menyusukan anak dapat membantu penghasilan susu yang lebih banyak. Ketika baby menyusu, pasti payudara sebelah lagi menitik-nitik.Jangan bazirkannya, pam la sambil menyusukan anak.


Tip memperbanyakkan susu:

Kerapkan pengepaman setiap 2-3 jam sekali masa didalam pantang, insyallah susu akan melimpah ruah. Dan kerapkan pengepaman waktu malam, kerana waktu malamlah yang merangsangkan hormon tetek untuk membanyakkan air susu. Selain itu, beri rangsangan pada nipple dengan menggentel2 nipple.


WAJIB DI TINGGALKAN ----> Minuman Ber "Ais/ Air Bergas"


Tawakal kepada Allah dan berharap susu keluar dan cukup untuk baby.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Koleksi Hasliyani

My photo
Produk-produk yang dijual adalah 100% asli. Untuk sebarang pertanyaan & tempahan boleh menghubungi Ikhwan (012-5736767) Yanie (012-5272767) *Pembeli akan menikmati diskaun dengan setiap pembelian yang dibeli. Harga yang dipaparkan adalah selepas diberi diskaun. ** Untuk penghantaran diluar kawasan ipoh, pembeli akan dikenakan bayaran poslaju. Antara Produk Yang Boleh Didapati adalah seperti, Set Lengkap Salindah, Makanan Minda Examo & MatSa, dan lain2 produk keluaran Syarikat Era Edar Marketing. Selain itu saya turut menjual barut bayi dengan harga serendah RM3.50 dengan pelbagai corak yang menarik dan bantal bayi jenis kekabu dengan harga yang murah.