30 April 2013

Mengapa susu saya kering


KENAPA SUSU DAH KERING




Teori penyusuan mengatakan susu ibu berkadar terus dengan kehendak. Maksudnya selagi ada kehendak atau demand, selagi itulah ada hasilnya. Senangnya SUPPLY vs DEMAND. Namun, teori yang nampak mudah ni, susah juga nak follow. Tambah-tambah bila ibu dah mula kerja. 
 Sering kali ibu mendapati, keperluan anak dah melebihi dari kemampuan ibu. Mari kita korek apa kita terlepas pandang dan atasinya. 

1- KEKERAPAN MENGEPAM Biasanya ibu dinasihatkan untuk mengikut cara anak menyusu di rumah. Jika anak menyusu setiap 3 atau 4 jam, begitulah juga rutin di pejabat. Jika ibu tak pasti, buat sahaja jadual dan pastikan ibu displin dengan jadual pam 3-4jam tersebut. Namun, apabila ibu asyik sibuk ja, penat dan kena keluar opis jadual ni selalu terbabas.

 Dari rutin 3-4 kali mengepam, jadilah 2-3 kali sahaja sehari. Bila kekerapan mengepam berkurang, otak akan menerima signal bahawa demand sudah adjust. Tak perlu hasilkan susu banyak lagi. Membazir kata otak. Macam maksik kantin jual kuih la. Kalau buat 10 ketul, tapi hanya 4 yang laku setiap hari.

 Minggu depan dia pun buat 4 ketul ja la. Cara atasinya : Jangan skip rutin pam. Kalau tak larat dan busy nk pump, boleh beli pump yang handsfree. Jadi boleh pump sambil kerja dan menjimatkan masa.



 2- CARA PENJAGA BAYI BERI BAYI MINUM Kita dah calculate dan observe, baby kita minum banyak ni, lets say 20 oz. Tapi pengasuh kata still tak cukup. Mana idaknya mungkin setiap kali baby jaga atau merengek, baby disuakan dengan susu.

 Memanglah baby tu senyap dan minim juga. Kan best sucking. Namun, baby kita mungkin hanya perlu ditenangkan, dibelai dan sebenarnya tidak lapar. Cara atasinya: Ajar dan buat jadual untuk pengasuh juga.

 3- CARA IBU SIMPAN SUSU PERAHAN Jika bayi kita minum 4 oz setiap kali dan nak minum 3 kali waktu di rumah pengasuh, sediakan 4oz satu container x 3. Kalau disediakan 5oz satu botol x 3 botol dan pengasuh panaskan 1 botol terus, 1oz akan membazir. Padahal baby masih perlukannya untuk next session. 
 Cara atasinya : Simpan susu mengikut keperluan bayi dalam satu-satu botol atau container. 

4- OUTSTATION Bila perlu out station dan bayi tak ikut bersama selalu ibu terlupa untuk teruskan mengepam pada waktu malam. Ya la, selalu malamkan direct feeding. Akibatnya, kalau demand berkurangan, kelak nanti production akan menurun. Cara atasinya : Pump siang dan malam juga ketika berjauhan dengan bayi.

 5- KEBERKESANAN PAM Breast pump juga perlukan maintanance. Ya la, setiap hari gunakan. Jadi, check sama ada valve nya sudah longgar atau haus. Pastikan sucking masih kuat dan mampu mengosongkan payudara kita sebaiknya. Cara atasinya: Guna pump berkualiti, hospital grade, check keadaan pump, marmet(pump guna tangan) sehingga payudara kosong.



 6- PENGAMBILAN UBAT-UBATAN Bila sakit dan kita ke klinik untuk mengambil ubat, pastikan kita bagitau doktor kita menyusukan bayi. Bagi ubat yang tidak mengganggu penyusuan kita. Cara atasinya: Inform doktor dan observe production susu kita selepas mengambil ubat. Vitamin bukan ubat! 

7- PENGAMBILAN PIL PERANCANG Pil perancang boleh mengganggu penyusuan. Namun, ada yang sesuai diambil oleh BF mom. Cara atasinya : Dapatkan nasihat pakar laktasi sebelum mengambil sebarang perancang keluarga.

 8- MENGANDUNG Mengandung memang boleh mengurangkan production susu. Mengapa? Ini kena hormon ibu menyusu sudah berubah. Hormon estrogen dan progestron meningkat menyebabkan hormon prolaktin 'tertekan' Cara atasinya: Jika masih ingin meneruskan penyusuan, sentiasa bertenang, cuba supplemen atau milk booster lain kerana mungkin berkesan untuk anda dan kekalkan rutin mengepam.

 9- GROWTH SPURTS Bila bayi mengalami growth spurts, selalunya bayi suka mengempeng lebih lama dengan ibunya. Cara atasinya: Bertenang dan buat persediaan stok susu extra untuk menghadapapi saat-saat ini. 

10- STRESS Bila kita stress zat akan disalurkan ke bahagian badan lain kerana perlukan lebih fokus untuk atasi stress. Cara atasinya : Amalkan pemakanan sihat, minum air banyak dan salurkan dan kawal stress sebaik mungkin seperti bersenam dan tidak lupa berzikir dan mendekatkan diri dengan Ilahi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Koleksi Hasliyani

My photo
Produk-produk yang dijual adalah 100% asli. Untuk sebarang pertanyaan & tempahan boleh menghubungi Ikhwan (012-5736767) Yanie (012-5272767) *Pembeli akan menikmati diskaun dengan setiap pembelian yang dibeli. Harga yang dipaparkan adalah selepas diberi diskaun. ** Untuk penghantaran diluar kawasan ipoh, pembeli akan dikenakan bayaran poslaju. Antara Produk Yang Boleh Didapati adalah seperti, Set Lengkap Salindah, Makanan Minda Examo & MatSa, dan lain2 produk keluaran Syarikat Era Edar Marketing. Selain itu saya turut menjual barut bayi dengan harga serendah RM3.50 dengan pelbagai corak yang menarik dan bantal bayi jenis kekabu dengan harga yang murah.