31 August 2013

Bahaya Bedak Talkum

Dari Wikipedia:
                                                           gambar hasil gogle

                                                                       gambar hasil gogle
 

“Talc adalah mineral yang diperbuat daripada magnesium silika dengan formula kimia H2Mg3(SiO3)4 atau Mg3Si4O10(OH)2. Selalunya digunakan sebagai bahan bedak talkum”.
Bedak talkum sememangnya menjadi kegemaran ibu-ibu untuk dipakaikan kepada tubuh bayi terutatamanya selepas mandi. Antara sebab penggunaannya ialah untuk menyerap kelembapan dan peluh dan juga mencegah geseran  antara baju atau lampin dengan kulit bayi (untuk mengelakkan kulit melecet). Tak tahulah kenapa, saya seolah-olah malas untuk memberikan Iman bedak. Sebabnya, pada awal kelahiranya, Iman menghidap sepsis (darah yang diracuni kuman). 

Oleh itu, tumbuh penuh ruam dan nanah di tubuh kecil Iman. Oh, gambar pun saya tiada sebab masa tu dah nangis keluar air mata darah dah (exaggerate betul). Heheh:D. Instead of powder, doktor nasihatkan letak krim dan Iman ada sabun mandi khas.  So, dengan rasminya, tidaklah saya mengikut amalan orang tua dahulu iaitu melumur badan bayi dengan bedak (macam ala-ala melumur ikan dengan kunyit dan garam sebelum goreng – ngahahahaha!:lol: )

Rupa-rupanya, dari segi perubatan, penggunaan bedak talkum adalah tidak digalakkan! Sebabnya adalah seperti berikut:
Bedak talkum biasanya diperbuat daripada kombinasi zink stearate, magnesium silika, dan juga silika-silika lain yang dikisar halus membentuk sebuk halus. Silika = silicon = pasir???. Erk. Saiz serbuk yang terbentuk pula sangat-sangat lah halus sehingga ianya mudah ditiup angin seperti habuk dan yang mengejutkan ialah ia boleh masuk jauh sehingga ke kawasan paling kecil di dalam paru-paru!

Rupa-rupanya dah ada beberapa kes di mana terdapat bayi yang hampir terancam nyawanya hanya disebabkan tersedut serbuk bedak! Malah, ada juga kes yang melibatkan kematian disebabkan bedak talkum. Adalah selamat jika menggunakan bedak hanya semasa menukar lampin dengan pengawasan orang dewasa. Malah, sewaktu penggunaannya, dinasihati meletakkan bedak di tangan dahulu, sebelum menyapukan ke tubuh bayi supaya tiada debu-debu bedak berterbangan dan disebut ke dalam sistem pernafasan bayi. Tetapi malangnya, kadang kala bayi kita ni terlebih cepat, pintar dan panjang akalnya. Dengan cepat sahaja tiba-tiba mereka dapat menggapai botol bedak dan mula menabur-naburkan bedak di lantai (ala-ala salji gitu8)).

Lebih saya terkejut lagi, rupa-rupanya pakar dermatology pula menyatakan sebenarnya guna bedak tidaklah menghasilkan kesan yang memberangsangkan malah sebenarnya penggunaan losyen atau krim adalah lebih baik untuk mengelakkan dan merawat ruam.
Bedak talkum boleh menyebabkan pneumonia, pembengkakan saluran pernafasan dan juga kematian bayi! (nampak macam exaggerate kan?) Yelah, tak pernah dengar pun kat Malaysia ada baby mati sebab bedak. Siapa tahu, mungkin sakit-sakit yang melibatkan pernafasan seperti asthma pun, bedak talkum menjadi asbab musabab? Wallaua’lam.

Tetapi, terdapat kajian yang dijalankan juga yang menyatakan bahawa talkum juga berupaya menjadi punca kanser ovari. Macam mana pulak bedak talkum dikaitkan dengan kanser ovari eh? Sebab, secara logik dan statistiknya, siapa yang paling banyak guna bedak? Hoho…perempuan! betul, memang perempuan. Boleh dikira golongan lelaki yang gunakan bedak. Jadi, perempuan lebih banyak terdedah kepada bedak sejak bayi berbanding lelaki. Sejauh mana kebenarannya, mungkin apabila kajian demi kajian dilaksanakan nanti, kita akan semakin jelas. Namun, direct inhalation of talc powder by babies sememangnya adalah merbahaya.
Jadi, kesimpulannya, kurangkan penggunaan bedak untuk bayi anda, dan juga anda. Hehe
Reference
http://www.ivillage.com/talcum-powder-safe-babies/6-n-136821
http://en.wikipedia.org/wiki/Talc
http://www.preventcancer.com/consumers/cosmetics/talc.htm

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Koleksi Hasliyani

My photo
Produk-produk yang dijual adalah 100% asli. Untuk sebarang pertanyaan & tempahan boleh menghubungi Ikhwan (012-5736767) Yanie (012-5272767) *Pembeli akan menikmati diskaun dengan setiap pembelian yang dibeli. Harga yang dipaparkan adalah selepas diberi diskaun. ** Untuk penghantaran diluar kawasan ipoh, pembeli akan dikenakan bayaran poslaju. Antara Produk Yang Boleh Didapati adalah seperti, Set Lengkap Salindah, Makanan Minda Examo & MatSa, dan lain2 produk keluaran Syarikat Era Edar Marketing. Selain itu saya turut menjual barut bayi dengan harga serendah RM3.50 dengan pelbagai corak yang menarik dan bantal bayi jenis kekabu dengan harga yang murah.