Sila baca info di bawah dengan teliti. Selepas difahami, baru buat keputusan samada untuk membeli atau tidak. Ini untuk kebaikan anda sendiri dan kami mahu anda betul-betul faham apa yang anda mahukan untuk anak-anak anda.
A) Mengapa perlu guna Cloth Diapers..
- Cloth Diaper ni memang sama prestasinya seperti PAMPERS atau Lampin Pakai Buang /Disposable Diper.
1. JIMAT wang.
Penggunaan lampin pakai buang merupakan kos berterusan dan sangat
mahal, lebih-lebih lagi bagi keluarga yang mempunyai lebih dari seorang
anak kecil yang memakai lampin manakala anda boleh menggunakan lagi CD
yang sama jika anda mempunyai ramai anak atau ingin menambah bilangan
ahli keluarga. mari kita kira:
Kos menggunakan Dispo Diapers
sehari katakan 6 kali, dan katakan harga sekeping DD ialah RM0.60
sehari katakan 6 kali, dan katakan harga sekeping DD ialah RM0.60
RM0.60 X 6 = RM3.60 sehari
RM3.60 X 365 hari=RM1314 setahun
RM1314 X 3 =RM3942 untuk 3 tahun
Kos belian Cloth Diapers berharga RM45
Beli 10 helai : 10 x RM45 = RM 450
Beli 20 helai : 20 x RM45 = RM 900
* lebih banyak stok CD anda lebih tahan lama, kerana lambat lusuh
Jimat kerana boleh digunakan untuk anak seterusnya.
Jimat juga kerana boleh digunakan dari saiz S, M dan L
2. Bayi akan cepat belajar membuang air di tandas.
Bayi yang menggunakan lampin kain juga akan lebih cepat membezakan
antara basah dan kering kerana walau pun bahagian dalam lampin kain
(fleece) ini sentiasa kering dan selesa, masih ada kedinginan semulajadi
berbanding lampin pakai buang. Menurut satu artikel di dalam Wall
Street Journal, bayi yang memakai lampin pakai buang memakai lampin
sehingga umur 36 hingga 42 bulan, sedangkan bayi yang memakai lampin
kain masanya lebih singkat iaitu sehingga setahun lebih awal. Ini sangat
menjimatkan kerana anak anda akan cepat belajar membuang air sendiri di
tandas. (Earlier Potty Training)
3. Dari segi keselesaan dan kecantikan,
lampin kain zaman moden ini juga ternyata lebih cantik dipandang kerana
ia datang dalam pelbagai rekaan, warna dan corak. Fitting dan
cuttingnya juga lebih cantik dan kemas serta selesa dipakai berbanding
lampin pakai buang. Cara pemakaiannya juga sangat mudah, sama seperti
lampin pakai buang. Ia sangat mudah dibasuh dan mudah kering kerana ia
di perbuat dari kain yang ringan, lembut, selesa dan mempunyai
pengudaraan yang baik untuk kulit si kecil anda.
4. Boleh kurangkan masalah kesihatan anak kerana
tiada kesan bahan kimia merbahaya. Selain itu Cloth Diapers ini boleh
mengelakkan masalah ruam bayi. ramai orang merasakan lambat tukar
diapers boleh menyebabkan rashes. tapi sebenarnya bahan kimia di dalam
diapers itu ditambah dengan diapers yang lambat ditukar yang menyebabkan
rashes. Berbanding dengan CD, walaupun anda malas menukar CD(biarkannya
lenjun basah) tiada sebutir rashes pun yang akan timbul. CD juga bagus
untuk bayi yang berkulit sensitif.
5.
Sampah PAMPERS yang memang melambak di rumah dapat dielakkan (Mesra
Alam). Disposable diapers adalah penyumbang kepada sampah sarap dan
pencemaran di muka bumi ini. Save the earth with Cloth Diaper! Kurangkan pencemaran & back to nature..hehhehe..sampah disposable diaper ambil masa 500 tahun untuk lupus.
6. Free Size memang sesuai sangat sebab budak-budak umur 3 tahun ke atas memang dah kurang pakai lampin (puratanya pakai malam saja)
7. Luaran produk saya tak kisah sangat yang penting berkesan, Tapi Cloth Diaper ni ada banyak design dan warna yang menarik.
Jadi ini satu bonus pada saya, kira nampak SEMPOI la. Seluar dalam pun
tak payah nak dipakaikan, kurang sikit benda yang nak di basuh.
Jangan
terperanjat. Saya juga pada mulanya seperti anda. Mengapa perlu
bertukar semula ke lampin kain sedangkan lampin pakai buang banyak
terdapat di pasaran dan sangat mudah digunakan?
Fikirkanlah, adakah anda rela memakai pakaian yang dibuat dari kertas dan plastik sedangkan anda mempunyai pilihan memakai pakaian dari kain yang cantik, selesa dan tahan lasak? Sekiranya anda memilih untuk memakai kain, mengapa tidak anak kesayangan anda? Berfikir dan bertindak bijaklah mulai sekarang dengan memilki lampin kain moden yang sangat mudah digunakan, selamat dan sangat menjimatkan.
Fikirkanlah, adakah anda rela memakai pakaian yang dibuat dari kertas dan plastik sedangkan anda mempunyai pilihan memakai pakaian dari kain yang cantik, selesa dan tahan lasak? Sekiranya anda memilih untuk memakai kain, mengapa tidak anak kesayangan anda? Berfikir dan bertindak bijaklah mulai sekarang dengan memilki lampin kain moden yang sangat mudah digunakan, selamat dan sangat menjimatkan.
Cloth Diapers terdiri daripada Pocket Pants dan InsertPocket Pants atau saya panggil CD sahaja
Bahagian Luar dari kain PUL atau fabric polyurethane laminate yang tahan lasak dan waterproof
Bahagian dalam dari Soft Inner Layer atau fabric microfleece/suede berfungsi memastikan punggung bayi berada dalam keadaan kering dan mudah untuk dibersihkan.
Snap Buttons (Butang Katup) : Untuk sesuaikan sz dari S, M dan L.
Pocket Opening : Ruang untuk memasukkan insert/soaker
Insert/Soaker
Berfungsi menyerap basahan dari bayi anda. Sehelai boleh bertahan 3-4 jam.
Apa itu ONE SIZE CD ?
Merupakan CD yang boleh diubahsuai saiz dari S ke M atau L hanya menyelaraskan butang-butang seperti ditunjukkan dalam rajah di bawah.
B) Kenapa kami jual CLOTH DIAPERS / CD ni?
1. Rakan-rakan
saya sudah pun mencuba kepada anak-anak mereka dan membandingkan dengan
PAMPERS dan ternyata berkesan, saya pun telah mencuba kepada anak saya.
Kalau ada orang kata tak berkesan, saya tak kata dia TIPU, mungkin dia
tidak faham cara guna yang BETUL. Sebelum saya beli produk ni, saya dah
study dulu bahan yang digunakan dan saya dapat keyakinan dari pembacaan
saya sahaja kerana fakta itu tidak boleh dibohongi (kecualilah
pembuatannya menggunakan bahan lain).
2. Saya
memegang konsep "Kalau barang tu kita sendiri pun tak nak pakai, jangan
la nak jual kat orang lain" maknanya jangan menganiaya orang lain.
Kuncinya SABAR dan kaji dulu, baru bercerita (jangan terus tembak saja).
3. Saya
juga dah buat survey rupanya CD ni dah lama ada kat Europe dan negara
ASIA yg lain. Cuma dekat Malaysia ni saja yang masih baru. CD boleh
capai jangka hayat yang panjang melalui kualitinya dan cara
penjagaannya. Jangan kata CD tidak akan rosak, ia bergantung kepada
teknik, penggunaan dan penjagaan. Tak ada 1 benda di dunia ni yang tak
akan rosak/ binasa, ini fitrah ciptaan (termaktub dalam Al-Quran) Allah
dah kurniakan akal dan ilmu untuk kita menggunakannya, fikirkanlah.
C) Apakah yang anda perlu Pastikan!!! :
1. Jangan
basuh menggunakan berus kain dan jangan dibasuh Insert bersama pakaian
lain, sifat MICROFIBER yang sangat menyerap partikel halus seperti lint /
bulu dari bahan lain akan menutupi celah ( celah antara nylon polyester
) sehingga mengurangkan kesan MICROFIBER.
2. Jangan
gunakan pelambut kain ( softener ), hal ini akan mengakibatkan efek
seperti diatas, microfiber mungkin akan menarik mikro partikel dari
lapisan softener, softener bagus buat pakaian tetapi ia akan menutupi
celah microfiber tadi, dan akan mengurangkan daya serapan serta
mengurangkan daya bersih microfiber. Kesan yang tidak baik ini dapat
dikembalikan dengan cara mencuci kembali dengan cara y ang betul serta
penggunaan AIR PANAS atau Suam.
3. Jangan
gunakan chlorine bleaching (pemutih), hal ini akan merosakan serat
nylon dan mengurangi daya efektif magnetik yang membuat microfiber
effective. Menggunakan pemutih akan secara aggresive menurunkan kualiti
MICROFIBER. Tidak ada cara untuk menghilangkan efek ini.
Cloth
Diaper merupakan lampin kain rekabentuk moden yang amat selesa untuk
bayi dan mesra pada kulit. Ia sesuai untuk digunakan dari umur bayi 3
bulan sehingga 3 tahun dan lebih (bergantung pada saiz bayi) dan boleh
di cuci . Bahagian luar cloth diaper dilapisi dengan sejenis kain khas
iaitu polyurethane Laminate ( PUL ) yang kalis air supaya ia tidak mudah
bocor . Lapisan dalam cloth diaper ini di jahit dengan poket khas untuk
memudahkan anda masukkan pelapik khas ( insert ) yang mampu menyerap
air kencing bayi sehingga 3 hingga 4 jam penggunaan. Setiap helai cloth
diaper dibekalkan sekali dengan pelapik khas ( insert ) yang di perbuat
dari microfiber yang tinggi daya serapan dan mudah di bersihkan. Cloth
diaper ini boleh di cuci dengan tangan atau mesin basuh untuk membantu
kerja-kerja pencucian yang lebih praktikal. Kesimpulannya lampin kain
moden ini tidak mengandungi bahan kimia yang boleh mengancam kesihatan
bayi anda.
D) Cara Penjagaan
Bagi CD yang baru dibeli
1. Basuh 3-4 kali sebelum guna (Untuk membuang bahan kilang dan penyerapan yang lebih baik).
2. Rendam dalam air suam/panas semalaman.
3. Cuci dengan sedikit sabun dan cuci macam biasa atau machine wash.
4. Jika machine wash, sila guna laundry bag (untuk menjamin jangka hayat CD).
5. Pastikan serbuk pencuci yang digunakan tiada peluntur, pelembut dan bahan kimia.
6. Jemur dibawah cahaya matahari.
Selepas digunakan.
1. Buang semua najis ke dalam mangkuk tandas, bilas sehingga hilang bau dan masukkan ke dalam baldi.
2. Masukkan kesemua CD ke dalam mesin basuh.
3. Jika cuci dengan tangan, cuma bilas hingga tiada kesan serbuk pencuci.
4. Gunakan Laundry Bag untuk menjamin jangka hayat CD anda.
5. Jemur (seeloknya di bawah cahaya mentari untuk menghilangkan kesan najis)
E) Serbuk Pencuci yang disayaorkan oleh ibu-ibu yang berpengalaman menggunakan CD.
1. Pureen HAD/ABD (dalam bentuk serbuk, jangan gunakan cecair).
2. KAO Attack
3. Cosway – KIDDIEWASH
4. Top detergent
5. Trojan (serbuk pencuci paling murah)
6. Harimau Kuat
F)
Lampin yang telah digunakan lama, berbau atau ada masalah "leakage",
sila ikut langkah - langkah berikut untuk "strip washing".
1. Isikan baldi dengan air suam/panas (cukup untuk rendam CD)
2. Letak sedikit cecair pencuci pinggan.
3. Berus dan gosokkan permukaan dalam (fleece) tangan beberapa kali.
4. Ulang pada permukaan fleece di dalam.
5. Bilas dengan baik, pastikan air mengalir jernih, bebas daripada bahan cuci.
6. Jemurkan dibawah cahaya matahari.
G) Tip-tip :
1. Bagi
Suri Rumah sepenuh masa, anda tak ada masalah langsung utk guna CD ni,
tapi minimum disarankan adalah 10 keping. SEBABNYA sehari purata
penggunaan lebih kurang 5 ke 6 keping jadi anda ada masa untuk basuh dan
lebih panjang jangka hayat CD ni.
2. Bagi
Ibu yang bekerja, minimum disarankan adalah 20 keping, kalau di Europe
mereka cadangkan 30 keping ke atas (saya rasa mungkin ibu - ibu kat sana
jenis tak balik rumah kot, entah le). Sebabnya anda boleh kumpul 3 hari
sekali baru basuh, jadi lebih banyak CD anda, masa anda membasuh dapat
dikurangkan ke seminggu sekali. Sebelum tiba hari membasuh, rendam dulu
CD yang dah diguna supaya kesan 'Poo' boleh hilang dan pastikan jangan
gunakan benda-benda yg telah dijelaskan di atas. Anda boleh bagi CD pada
BABY SITTER, jelaskan tukar CD sama macam tukar PAMPERs, 'Poo' buang
dalam mangkuk tandas, lepas tu simpan CD tu dalam beg Plastik, "masa
anda nak ambik baby anda nanti, ambik CD sekali ok?" lepas sampai rumah,
rendam terus, kemudian bolehlah memasukan CD dalam washing machine
terus basuh dan jemur (jangan campur dgn baju lain). Bukannya susah pun
sebab tak payah basuh teruk-teruk sebab CD ni kotoran mudah tanggal
(tapi kalau nak guna tenaga tekan washing machine pun tak nak, itu siapa
pun tak boleh tolong dan mungkin anda memang orang berada $ $ $ )
3. Bagi
ibu bapa bekerja dan ingin menggunakan Cloth Diaper pada Hujung Minggu.
Mudah saja, 5 keping CD dah boleh menjimatkan anda. Tapi dengan cara
ini, kita tak dapat nak betul-betul minimumkan kesan bahan kimia dari
'PAMPERS' sebab kita hanya guna CD pada Hujung Minggu, sedangkan kita
guna 'PAMPERS' 5 hari (working days). Terpulang pada kita untuk membuat
keputusan samada kita pentingkan kesihatan anak kita atau kita memang
busaya sampai tak sempat nak membasuh langsung?
4. Untuk
menjamin jangka hayat CD,anda masukan CD ke dalam Laundry Bag lepas tu
baru masukan ke dalam Washing Mashine Pocket Pant sekejap saja kering
dan insert lama sikit.
5. Anda
kena kesan sendiri bilakah waktu anak anda kerap 'Pee' atau 'Poo',
dengan cara ini anda boleh tentukan berapa insert yang perlu anda guna
dalam Pocket Pant.
6. Daya serapan CD lebih tinggi selepas beberapa kali cucian.
H) Kenali lampin Pakai Buang atau orang panggil 'Pampers"
1. Mungkin
anda tak sedar bahawa penyumbang utama kepada masalah ruam lampin ini
adalah berpunca dari penggunaan lampin pakai buang yang anda guna setiap
hari.
2. Antara kelemahan lampin pakai buang ini ialah :
a.
Ia mengandungi bahan kimia yang boleh menjejaskan kesihatan bayi.
Diotidakin iaitu sejenis bahan kimia terhasil sewaktu proses pelunturan
pulpa (bahan utama lampin pakai buang ) boleh menyebabkan bayi
menanggung risiko kanser!
b.
Menambah masalah kerangsaan kulit kerana kulit bayi yang sensitive
bersentuh dengan air kencing mengakibatkan ia bertindak balas dengan
bahan kimia yang terkandung di dalamnya menyebabkan kulit melecet dan
bertukar kemerahan.
c.
Punca kepada penyakit asma atau lelah kerana ia merosakkan sistem
penyejukkan badan yang boleh menggangu kesuburan pada masa akan datang
selain menggangu sistem hormon dan imunisasi badan kerana ia mengandungi
bahan bertoksik.
d.
Mencemar udara dan kebersihan alam sekitar . Oleh kerana ia di perbuat
dari bahan sintetik, ia tidak mudah di lupuskan sekaligus menambah
masalah pada alam sekitar yang menjadi tempat tinggal kita.
1. Jadi, anda halusi dan telitikan apa yang telah anda baca, kemudian buatlah keputusan.
MASA PENGGUNAAN CLOTH DIAPER
Jadual Waktu Penggunaan Lampin Kain Harian (sebagai guidance sahaja)
Sesuai untuk bayi berusia 2 bulan ke atas
*Untuk bayi berusia bawah 2 bulan, tukarkan CD 2-3 jam sekali
7.00 – 10.00 pagi 1 pocket + 1 insert
10.00 – 1.00 tgh hari 1 pocket +1 insert
1.00 – 4.00 petang 1 pocket + 1 insert
4.00 – 7.00 petang 1 pocket + 1 insert
7.00 – 12.00 mlm 1 pocket + 2 insert
12.00 – 7.00 pagi 1 pocket + 2 insert
Jumlah penggunaan sehari 6 pocket dengan 8 insert.
Pocket CD with 1 insert :)
Ciri-ciri :-
1.
Datang dengan 3 lapisan 100% Microfiber Terry Inserts inserts
(5"x13.5") yang mana adalah satu bahan serap kukuh dan boleh menyerap
air kencing dengan pantas.
2. Butang-butang di depan cloth diaper merupakan sebagai pelaras kukuh bagi mewujudkan Size S, M atau L lampin.
3. One Size diaper bayi boleh digunakan oleh bayi antara 3 hingga 13kg.
4. Mudah untuk dilaraskan pada bahagian pinggang dan kaki.
5. Bersifat menyerap yang mana 3 lapisan yang mana salah satu lapisan didalam terdiri daripada bulu biri-biri.
6. Lapisan dalam yang terdiri daripaa bulu biri-biri adalah lembut hingga tidak berlaku kelembapan pada kulit bayi.
7. Kalis air luar dengan PUL pelapisan untuk mencegah kebocoran dan kulit bayi boleh bernafas.
8. Dibuat 100% Polyester / kapas Original.
9. Yang paling mudah, CD boleh dibasuh dengan menggunakan mesin. Pasti anda sebagai seorang ibu akan menyukainya :)
CIRI-CIRI PADA CLOTH DIAPERS
1. CD : Cloth Diaper / lampin kain.
2. Pocket diaper : Lampin kain yang mempunyai poket untuk memasukkan insert/soaker mengikut keperluan bayi.
3. Insert/Soaker : Penyerap kebasahan yang diperbuat kebiasaannya dari fabrik microfibre, boleh juga diperbuat daripada kain napkin yang dilipat2.
4. Microfiber : Material tuala yang tebal, biasanya digunakan sebagai insert atau soaker untuk menyerap kebasahan.
5. Fleece : Sejenis fabrik yang tebal, gebu dan lembut seperti bulu biri2. Biasanya digunakan sebagai lapisan poket, diantara kulit bayi dan 'insert/soaker'. Fabrik ni membuatkan bayi berasa selesa dan kering.
6. PUL : (Polyurethane Laminate) Fabrik yang digunakan sebagai lapisan paling luar, mempunyai penebat air, mengelak kebasahan dari dalam menembusi luar lampin.
7. One size (OS) : Sais boleh diubah dari S / M / L dengan menggunakan snapbutton yang disediakan, boleh dipakai bayi dari lahir (3kg) - 3thn (13kg).
2. Pocket diaper : Lampin kain yang mempunyai poket untuk memasukkan insert/soaker mengikut keperluan bayi.
3. Insert/Soaker : Penyerap kebasahan yang diperbuat kebiasaannya dari fabrik microfibre, boleh juga diperbuat daripada kain napkin yang dilipat2.
4. Microfiber : Material tuala yang tebal, biasanya digunakan sebagai insert atau soaker untuk menyerap kebasahan.
5. Fleece : Sejenis fabrik yang tebal, gebu dan lembut seperti bulu biri2. Biasanya digunakan sebagai lapisan poket, diantara kulit bayi dan 'insert/soaker'. Fabrik ni membuatkan bayi berasa selesa dan kering.
6. PUL : (Polyurethane Laminate) Fabrik yang digunakan sebagai lapisan paling luar, mempunyai penebat air, mengelak kebasahan dari dalam menembusi luar lampin.
7. One size (OS) : Sais boleh diubah dari S / M / L dengan menggunakan snapbutton yang disediakan, boleh dipakai bayi dari lahir (3kg) - 3thn (13kg).
Tips Penjagaan Kebersihan :-
1.
Untuk bayi berusia 6 bulan dan ke bawah, jangan biarkan bayi anda
memakai diapers melebihi 6 jam tanpa ditukar. Bayi berusia 6 bulan ke
bawah memerlukan penjagaan kebersihan 3 kali ganda berbanding bayi
berusia 6 bulan ke atas.
2. Jangan lewat menukar diapers anak anda melebihi 15 minit selepas dia membuang air besar. Ia boleh menjadi punca alahan kulit. Ini kerana apabila najis bayi dibiarkan lama, ia akan bertindak balas dengan air kencing dan menyebabkan ruam pada kulit bayi terutama yang memakai diapers dari jenis plastik (bukan breathable).
3. Galakkan anak anda ke bilik air sebaik sahaja usianya mencecah 2 tahun. Pemakaian diapers tidak seharusnya berlanjutan. Anak anda perlu dilatih lebih awal untuk memudahkan aturan sistem pembuangan yang baik.
4. Diapers yang baik adalah diapers yang memiliki kadar resapan yang tinggi. Ini kerana setiap titis air kencing yang mengalir di kulit boleh mengundang risiko jangkitan kuman.
5. Jangan taburkan bedak pada alat sulit bayi, terutamanya bayi perempuan kerana ia boleh memudaratkan saluran pembuangan air kecil. Adalah lebih baik menggunakan krim kerana bedak juga boleh mengganggu kadar resapan cecair pada diapers.
2. Jangan lewat menukar diapers anak anda melebihi 15 minit selepas dia membuang air besar. Ia boleh menjadi punca alahan kulit. Ini kerana apabila najis bayi dibiarkan lama, ia akan bertindak balas dengan air kencing dan menyebabkan ruam pada kulit bayi terutama yang memakai diapers dari jenis plastik (bukan breathable).
3. Galakkan anak anda ke bilik air sebaik sahaja usianya mencecah 2 tahun. Pemakaian diapers tidak seharusnya berlanjutan. Anak anda perlu dilatih lebih awal untuk memudahkan aturan sistem pembuangan yang baik.
4. Diapers yang baik adalah diapers yang memiliki kadar resapan yang tinggi. Ini kerana setiap titis air kencing yang mengalir di kulit boleh mengundang risiko jangkitan kuman.
5. Jangan taburkan bedak pada alat sulit bayi, terutamanya bayi perempuan kerana ia boleh memudaratkan saluran pembuangan air kecil. Adalah lebih baik menggunakan krim kerana bedak juga boleh mengganggu kadar resapan cecair pada diapers.
CARA MENYEDIAKAN CLOTH DIAPER
1) Terdapat 2 bahagian utama pada Cloth Diapers ini iaitu yang pertama poket boleh buka yang di namakan Pocket Diaper dan yang kedua adalah sekeping Insert/Soaker yang tebal macam towe. Kedua-dua ini perlu ada sebelum dipakaikan kepada baby anda.
2)
Kebiasaanya pada waktu siang, penggunaan 1 insert/soaker adalah dalam
lingkungan 4 jam. Pada waktu malam pula, supaya anda dapat tidur dengan
aman dan damai, anda boleh memasukkan 2 keping insert/soaker, jadi
banyak air yang boleh diserap. Anda tidak perlu bangun tengah-tengah
malam.
*
(Tukar CD setiap kali baby buang najis dan apabila CD sudah berat (3-4
jam, sehari ada 24 jam, 1 CD untuk 4 jam = 6 CDs, tetapi untuk
penggunaan malam dengan 2 inserts, boleh digunakan selama 8 jam (dari
jam 10 malam ke 6 pagi)
3)
Anda bolehlah memasukkan insert/soaker kedalam poket yang telah
disediakan seperti berikut, anda perlu memasukkan sampai habis/hujung
dengan cantik-cantik, kerana jika senget biasanya akan berlaku
kebocoran.
4) CD yang baru dibeli, perlulah dibasuh tanpa sabun
dan keringkan sebanyak 3 @ 4 kali dahulu sebelum dipakaikan kepada
anak. Ini untuk memastikan supaya CD menyerap dengan baik dan dapat membuang bahan-bahan kilang sebelum digunakan.
5)
Seterusnya anda boleh adjust CD mengikut saiz anak anda, settingkanlah
snap button yang banyak/disediakan pada bahagian depan CD mengikut saiz
yang bersesuaiaan samaada saiz S, M atau L.
6)
CD ni sudah siap dengan bahagian paha yang bercerut getah dari dalam.
Jadi masa memakaikan CD pada anak anda, pastikan paha anak muat-muat
dengan setting yang telah anda dibuat tadi.
7)
Kemuadian, CD anak anda telah siap dan bolehlah anda pakaikan kepada
anak anda seperti mana anda memakaikan pampers pakai buang. Bagi anda
yang menghantarkan anak anda ke rumah asuhan, bekalkanlah CD yang sudah
siap di set mengikut saiz anak anda.
CARA MEMBERSIHKAN CLOTH DIAPERS
1) Sekarang mari kita mengikuti segment mencuci CD. Anda boleh melakukan cara ini sambil-sambil anda mandi manda.
2)
Mula-mula anda perlu mengeluarkan insert/soaker dari dalam poket CD.
Kemudian siram air. Gosok-gosok manje dengan menggunakan tangan mengukut
keselesaan anda. Tetapi anda haruslah ingat bahawa, JANGAN SESEKALI gosok dengan menggunakan BERUS. Ini untuk mengelakkan fleece daripada rosak dan berbulu akibat berus yang kasar.
3)
Kalau ada najis baby, tuang kedalam toilet sambil pancut-pancutkan air
yang kuat supaya najis senang ditanggal dari CD. Inilah hasilnya setelah
di pancutkan ngan air dan di sental-sental manje tanpa menggunakan
berus.
4)
Biasanya akan tertinggal sedikit kesan najis bewarna kuning, tetapi
anda jangan risau kerana setelah anda mencuci menggunakan tangan, anda
perlu memerah CD dan anda boleh mencuci hingga bersih menggunakan mesin
basuh.
5)
Masukkan semua CD ke dalam mesin, cara mencuci CD adalah digalakkan
anda menggunakan mesin untuk menjaga fabric CD tersebut. Anda DILARANG MENGGUNAKAN KLOROK ATAU SOFTENER WANGI.
6)
Setelah siap dibasuh, anda bolehlah menjemurnya, bagi Insert/soaker
yang tebal, anda perlulah menjemur dibawah matahari untuk
mengeringkannya. Bagi Pocket CD pula, boleh juga dijemur di dalam rumah.
Sekiranya terdapat stain kuning, lebih elok dijemur direct dibawah
matahari untuk 60-90 minit. Matahari ni dapat matikan kuman dan pemutih
secara semulajadi..
as salam,macam mane saya nak daptkan one size cd ni?
ReplyDelete