06 August 2013

Cloth Diapers Yang Berwarna-Warni

Assalamuaalaikum...

Bagi anda yang bergelar ibu dan ayah, antara barang keperluan yang perlu disediakan untuk bayi anda ialah lampin. Pada masa kini, terdapat 2 jenis lampin - lampin pakai buang dan lampin moden atau lebih dikenali sebagai cloth diaper (CD).

Cloth Diaper adalah sejenis lampin kain moden yang membolehkan anda menggunakannya sebagai pengganti lampin pakai buang. Ianya lebih murah dan jimat berbanding lampin pakai buang kerana penggunaannya boleh digunakan sehingga anak anda berumur lebih kurang 3 tahun. Ia perlu dicuci dan boleh digunakan semula oleh anak anda serta lebih selamat. Lampin kain moden ini mempunyai saiz yang berbeza dan boleh diubahsuai dari saiz S, M, L, XL mengikut berat dan saiz badan anak anda.

Saya memang tiada pengalaman menggunakan CD kerana saya mula mengenali CD semasa anak sulung sudah berumur 1 tahun.  Genap jer 1 thun stgh, saya telah bercadang untuk menggunakan CD sepenuhnya sepertimana saya bercadang untuk menyusukannya anak saya dengan susu ibu sehingga berumur 2 tahun atau lebih.
Nie antara koleksi CD yang Qayyum dah pakai,QQbaby plain ummi beli online www.lampinmoden.com, babyland plain 7 warna ummi beli online juga dekat mudah.my...dah lama pakai yang plain warna ummi pun bli yang bercorak nak tamabhkan koleksi CD Qayyum..Ummi beli brand Sunny baby miky..kain dia ala-ala baldu,sedap di pakai..brand Babyland printed pun Ummi beli..tapi xlaa mcm koleksi org lain CD yang mahal-mahal..ummi beli yang murah-murah jer..janji anak ummi selesa pakai..Yang terbaru ummi beli jenama Happy Flute XL..Nanti ummi nak tambah lg koleksi CD qayyum..






Apa-apapun terpulanglah kepada setiap ibu bapa untuk memberikan yang terbaik untuk anaknya. Jika anda berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang jenis CD, cara menggunakan, membeli CD dan sebagainya, anda bolehlah mengunjungi laman web www.lampinmoden,com atau senarai penjual CD online.



Kelebihan Menggunakan Cloth Diaper

Cloth diaper diperbuat daripada 100% kain cotton, ia mudah dicuci dan selamat untuk digunakan oleh bayi anda. Antara kelebihan CD seperti :
  • Kesihatan kulit bayi dan kesihatan bayi - penggunaan lampin kain moden boleh mengurangkan risiko ruam lampin dari 78% (kes ruam pada 1991) kepada 5% (kes ruam pada 1995).
  • Menjimatkan wang - Penggunaan lampin kain moden adalah menjimatkan wang dalam jangka masa panjang.
  • Mesra Alam - Daripada kajian, lampin pakai buang menyumbang sebagai sampah ketiga terbesar dunia dan ianya mengambil masa sehingga 500 tahun untuk mereput.
  • Latihan buang air sendiri - Menurut kajian dalam Wall Street Journak, 4 May 2000, pemakaian lampin pakai buang telah menyebabkan bayi lewat belajar membuang air sendiri 6 bulan dari yang sepatutnya.
  • Anti Bakteria secara semulajadi - fabrik buluh secara semulajadinya mempunyai elemen yang menentang pembiakan bakteria.
  • Penyelenggaraan yang mudah - ia boleh dibasuh menggunakan mesin basuh 
Jadual Penjimatan pembelian Cloth Diapers
  • Purata kos pembelian lampin pakai buang (berdasarkan penggunaan maksima sebanyak 6 kali sehari bagi seorang bayi)
    • *RM 0.50 x 6 helai x 30 hari = RM 90.00 sebulan *bergantung kepada harga lampin
    • RM 90.00 x 12 bulan = RM 1,080.00 setahun
    • RM 1,080.00 x 3 tahun = RM 3,240.00
     
  • Kos bagi pembelian 20 helai CD (20-25 helai adalah jumlah yang disyorkan)
    • *RM 25.00 x 20 helai = RM 500.00 *bergantung kepada harga CD
     
  • Penjimatan
    • setahun : RM 1,080.00 - RM 500.00 = RM 580.00
    • 3 tahun : RM 3,240.00 - RM 500.00 = RM 2,740.00  


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Koleksi Hasliyani

My photo
Produk-produk yang dijual adalah 100% asli. Untuk sebarang pertanyaan & tempahan boleh menghubungi Ikhwan (012-5736767) Yanie (012-5272767) *Pembeli akan menikmati diskaun dengan setiap pembelian yang dibeli. Harga yang dipaparkan adalah selepas diberi diskaun. ** Untuk penghantaran diluar kawasan ipoh, pembeli akan dikenakan bayaran poslaju. Antara Produk Yang Boleh Didapati adalah seperti, Set Lengkap Salindah, Makanan Minda Examo & MatSa, dan lain2 produk keluaran Syarikat Era Edar Marketing. Selain itu saya turut menjual barut bayi dengan harga serendah RM3.50 dengan pelbagai corak yang menarik dan bantal bayi jenis kekabu dengan harga yang murah.